Connect with us

AGAMA

Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman

Avatar of majalahilmu

Published

on

Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman

Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman

Ketika melalui proses Israk, Rasulullah saw. dibawa berjalan melalui pelbagai peristiwa yang perlu diterjemahkan oleh Malaikat Jibrail apa pengertiannya. Berikut adalah 13 peristiwa yang dialami Rasulullah saw. sebagai panduan kepada kita sebagai umatnya;

1. Rasulullah dapat melihat kaum yang sedang bertanam padi dan terus dapat menuai hasil tanaman mereka. dan hal itu berlaku berulang-ulang kali.

Penerangan Jibrail – “Itulah kaum yang berjihad yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2. Rasulullah tiba di sebuah tempat yang berbau harum. Itulah ku bur Masyitah, pembantu Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibu nuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.

Penerangan Jibrail – “Itulah balasan kepada mereka yang percaya dan berpegang teguh kepada Allah swt.”

3. Rasulullah dapat melihat sekumpulan orang yang meme cahkan kepala mereka dengan batu dan setiap kali dipe cahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipe cahkan lagi berulang kali.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud.”

4. Rasulullah bertemu dengan sekumpulan orang yang hanya menutup kema luan mereka dengan secebis kain dan diha lau seperti binatang ternakan, serta makan bara api.

Penerangan Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

5. Rasulullah berjumpa kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging men tah yang busuk sedangkan daging yang dimasak elok ada di sisi mereka.

Penerangan Jibrail – “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zi na sedangkan lelaki dan perempuan itu masing mempunyai isteri atau suami.”

6. Rasulullah kemudian melihat seorang lelaki yang berenang dalam sungai da rah dan dilontarkan dengan batu-batu.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang yang makan riba.”

7. Rasulullah lalu bertemu lelaki yang kerjanya menghimpun seberkas kayu yang dia tak berdaya memikulnya, tetapi tetap degil lalu menambahkan lagi bilangan kayu yang mahu dipikulnya.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang tak dapat memenuhi amanah yang sudah diterima tetapi masih berani mahu menerima amanah yang lain.”

8. Rasulullah kemudian berjumpa dengan satu kaum yang sedang menggun ting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi, setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali menjadi seperti biasa.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

9. Rasulullah kemudian menemui sekumpulan orang yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah, mence la serta menghi nakan oang.”

10. Rasulullah juga dapat melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit bentuknya dan saiznya. Tetapi apabila lembu jantan itu cuba memasuki semula lubang tersebut, lembu itu gagal.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang yang bercakap besar kemudian menyesal, tetapi penyesalannya sudah terlambat.”

11. Datang seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan perhiasan lalu Rasulullah bertindak tidak memperdulikannya.

Penerangan Jibrail – “Itulah dunia. Jika diberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

12. Datang seorang lagi perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti lalu Rasulullah lagi sekali tidak menghiraukannya.

Penerangan Jibrail – “Itulah orang yang mensia-siakan usianya.”

13. Akhir sekali, datang pula seorang perempuan yang badannya bongkok tiga menahan Rasulullah.

Terang Jibrail – “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Cuba kita lihat semula 13 pengajaran yang ada :

  • Berjihadlah menegakkan agama Allah
  • Berpeganglah kepada Allah swt sebagai Tuhan Yang Satu
  • Utamakan solat
  • Bayar zakat
  • Elak zi na
  • Elak riba
  • Penuhi amanah
  • Elak fitnah
  • Elak menghina orang lain
  • Elak perasaan bongkak
  • Utamakan akhirat berbanding dunia
  • Jangan sia-siakan usia
  • Dunia sudah sampai ke usia hujungnya

Majalah ilmu : Rasanya dah faham kan apa yang sebenarnya kita perlu lakukan? Paling berat antara semua rasanya pesanan Jibrail nombor 11. Yang itu banyak antara kita tewas.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU