Kisah
Pernah Ditinggal Mak Usia 4 Tahun, Rupanya Atlet Ini Simpan Banyak Kisah Sedih

Walaupun ini adalah penampilan sulungnya di temasya Paralimpik, namun setinggi-tinggi pujian perlu diberi kepada Chew Wei Lun kerana berjaya menghadiahkan pingat perak dalam acara boccia. Laluan ke final atlet berusia 26 tahun itu juga cukup cemerlang apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan, sebelum akur tewas kepada juara bertahan yang juga atlet nombor 1 dunia dari Great Britain, David Smith.
Pernah Ditinggal Mak Usia 4 Tahun
Kemenangan tersebut nyata cukup sensasi, memandangkan Wei Lun hanya meletakkan sasaran untuk mara ke peringkat suku akhir sebelum temasya itu bermula. Dia sekali gus membutirkan pingat ketiga diraih kontinjen Malaysia selepas 2 atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin (emas) dan Jong Yee Khie (perak) beberapa hari lepas.
Namun di sebalik kejayaan itu, rupanya ada banyak kisah pilu yang terpaksa ditempuhi pemuda tersebut. Untuk pengetahuan, Wei Lun ditinggalkan oleh ibu kandungnya sewaktu berusia 4 tahun sebelum dijaga oleh datuknya. Pada umur 9 tahun pula, dia dihantar ke rumah ‘orang-orang cacat’. Justeru, Wei Lun sendiri akui bukan senang membesar dalam suasana sedemikian susulan terpaksa berdikari dan buat semua sendiri.
Meskipun fizikalnya terbatas, tetapi hidupnya berubah selepas ‘jatuh cinta’ dengan sukan boccia yang diajar oleh seorang guru di sekolahnya. Gara-gara minat yang sangat mendalam, dia malah pernah ambil cuti 3 bulan tanpa gaji supaya dapat bertanding di temasya Sukan Para ASEAN 2017. Justeru pingat perak temasya Paralimpik yang dimenangi Wei Lun pada hari ini nyata membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil.
Sumber:ErinSakura
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.