Connect with us

INFO

Permainan ‘Agresif’ Pemain, Bayaran Gaji ‘Cantik’ Kelebihan JDT

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 10 01 22 00 33

“JDT mempunyai pemain agresif dan itu kualiti yang tiada pada pasukan lain. Kalau kita lihat JDT secara keseluruhan, mereka cepat dapatkan bola.”

Sikap pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang agresif di atas padang, selain kemampuan pasukan menawarkan gaji tinggi tanpa sekalipun ‘culas’ membayarnya akan membawa Harimau Selatan memenangi lebih banyak kejua­raan.

Bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan tidak terkejut jika JDT memahat sejarah sebagai kelab Malaysia pertama memenangi gelaran ‘quadruple’ (empat trofi) selepas merangkul kejuaraan keduanya musim ini dalam Piala FA kelmarin.

Permainan ‘agresif’ pemain, bayaran gaji ‘cantik’ kelebihan JDT

Johor 1 3

Kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC di Bukit Jalil membuktikan anak-anak buah Hector Bidoglio sukar disentuh ketika ini dan hampir pasti mempertahankan gelaran Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, selain pilihan utama untuk merampas Piala Malaysia.

“JDT mempunyai pemain agresif dan itu kualiti yang tiada pada pasukan lain. Kalau kita lihat JDT secara keseluruhan, mereka cepat dapatkan bola. Bonus untuk mereka kerana ada pemain antarabangsa tetapi pemain tempatan seperti Arif Aiman (Hanapi) dan Farizal Marlias juga bermain agresif.

Jurulatih Sathianathan2

ATM coach B. Sathianathan gestures during short interview at Subang Airport before depart to Kelantan. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. October 24, 2013.

“Bila bercakap mengenai agresif, ramai orang salahkan pengadil sedangkan beza agresif JDT adalah mereka merebut bola dan menurunkannya ke arah gol, sementara pasukan lain pula agresif dengan manusia. Disebabkan sikap bagus inilah, pemain JDT sukar dilepasi.

“Untuk Liga Super, saya rasa mereka hampir pasti juara dan Piala Malaysia pula mereka cuma perlu beri lebih tumpuan sebab pernah tewas kepada KL City (Kuala Lumpur City) 2-0. Bagi saya, musuh utama JDT hanyalah diri mereka sendiri. Mereka layak dapat treble,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Johor 3 1

Kata Sathianathan, ramai pemain terbaik tempatan yang memiliki standard antarabangsa pergi ke JDT kerana bayaran gaji yang tak pernah culas.

“Itu memang cara terbaik menarik pemain. Kelab kena kukuh kewangan. Kena ada infrastruktur baik. Kita nak main tapi padang teruk, tak boleh macam tu.

Johor 2 1

“Teknikal mesti diberi kepada orang yang ahli, tahu apa perlu dibuat. Ada dua cabang, pertama ada kelab menggunakan pencari pemain ikut kehendak falsafah dan yang kedua tiada falsafah tetapi perlu ambil orang yang tepat.

“Tiada masalah untuk mana-mana kelab beri masa kepada jurulatih tetapi mesti ada sasaran. Contohnya, tahun pertama mesti letakkan kelab di kedudukan lima terbaik liga, tahun ke­dua lain pula dan tahun ketiga juara piala,” katanya.

Sumber:Utusan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU