Connect with us

Jawatan Kosong

Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya,Berlambak Dijual Di Golok,Thailand

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

oil

Sejak 1 Julai lalu peningkatan harga minyak masak ternyata telah memberi impak yang agak ketara dari segi ekonomi kepada masyarakat terutamanya bagi golongan B40.

Menurut Sinar Harian, kadar peningkatan sebanyak lebih 40 peratus berbanding harga asal siling sebelum sebelum ini yang melibatkan minyak masak masak botol iaitu satu, dua, tiga dan lima kilogram (kg) telah menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membelinya dan beralih kepada pembelian minyak masak paket.

Bagaimanapun, majoriti masyakat meluahkan rasa kecewa dimana minyak masak paket kini sukar untuk didapati di mana-mana kedai dan kebanyakkannya sudah habis terjual dalam masa yang singkat.

Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya,Berlambak Dijual Di Golok,Thailand

Picture1

Malah, masyarakat tidak dapat membeli minyak masak paket tersebut dalam kuantiti yang banyak dan ditetapkan hanya satu hingga dua pembelian sahaja untuk setiap pelanggan.

Apa yang lebih mengejutkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab di Kelantan telah menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dalam paket satu kilogram ke Selatan Thailand.

Bukan itu sahaja, di Narathiwat, Sungai Golok, Weng dan Sungai Padi, rakyat dibenarkan untuk membeli minyak minyak paket tanpa mempunyai had pembelian.

 

 

photo 2022 07 08 08 46 58

Menurut laporan Astro Awani, seorang warga Thailand yang dikenali sebagai Abe Mat Sulaiman mendedahkan harga minyak masak Malaysia yang diseludup dijual pada harga 55 Bath (RM7) manakala harga minyak masak Thailand berharga 77 Baths (RM10.30).

Tambahnya lagi, minyak paket satu kilogram disana mudah didapati serta  tidak kerap kehabisan stok di pasar .

Penyeludupan minyak masak paket ke negara jiran ini telah menyebabkan rakyat di Malaysia terpaksa bergelut dengan krisis minyak masak botol yang harganya telah meningkat pada kadar yang tidak masuk akal.

Rakyat Malaysia kini keluh kerana mereka terpaksa meneruskan kehidupan seharian dengan menghadapi keadaan ekonomi serta kewangan yang tidak menentu.

Sumber: Sinar Harian

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU