Connect with us

Kisah

Pensyarah Sayu Terjumpa Bekas Pelajar ’Struggle’ Mencari Rezeki

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

et

Tular perkongsian tentang seorang pensyarah meluahkan rasa sayu apabila terjumpa bekas pelajarnya yang gigih mencari sumber rezeki untuk menyara kehidupan. Perkongsian pensyarah wanita yang dikenali sebagai Dr. Syazwani Drani itu menjadi tumpuan netizen yang tersentuh dengan perkongsian tersebut.

Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta.

photo 2022 07 18 14 04 10

Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..

Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada.

photo 2022 07 18 14 04 06

Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Sedangkan mereka struggle macam-macam.

Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat.

Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban.

photo 2022 07 18 14 04 01

Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir..

Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.

Sumber:Arena Gempak

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU