Connect with us

Kisah

Pensyarah OKU Berkelulusan PHD Pernah Dihalau Disangka Jual Barang

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

gsg

“Memang sukar sangat, sampai pernah juga rasa down. Namun semuanya perlu dilalui dengan penuh semangat dan kecekalan,”

Dr Ahmad Shamsuri adalah seorang Pensyarah kanan di di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Apa yang uniknya, beliau adalah seorang yang buta penglihatan (Orang Kurang Upaya).

Melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), beliau memilih kaunseling sebagai bidang utama kerana mahu lebih mendalami psikologi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bila kita pilih sesuatu, kita kena pertimbangkan beberapa perkara seperti minat, bakat, kebolehan mahupun personaliti. Kita kena sedar apa limitasi kita. Jadi, kaunseling merupakan bidang yang tak perlu banyak penggunaan mata.

“Ia lebih kepada empati. Lagi pula, sejak sekolah saya didedahkan dengan bidang ini,” katanya.

Pernah rasa down hadapi cabaran

Kini bergelar pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, beliau berkata tidak mudah untuknya mencapai kejayaan sehingga ke tahap sekarang.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang, namun perkara itu tidak sesekali mematahkan semangat anak jati Kelantan ini.

Pensyarah OKU Berkelulusan PHD Pernah Dihalau Disangka Jual Barang

gsg

“Cabaran dan halangan memang banyak terutama bagi golongan cacat penglihatan. Sewaktu belajar, memang agak sukar nak akses bahan akademik seperti buku dan sebagainya. Waktu tidur memang ‘lari’.

“Kini bila sudah mengajar, cabaran yang datang adalah dari segi bahan mengajar pula. Nota perlu saya sediakan dan kena tukar kepada format yang boleh diakses. Disebabkan itu, komputer saya dilengkapi dengan perisian khas untuk memudahkan tugas.

“Memang sukar sangat, sampai pernah juga rasa down. Namun semuanya perlu dilalui dengan penuh semangat dan kecekalan,” ujar pendidik berusia 37 tahun ini.

Manfaatkan teknologi untuk mudahkan kehidupan

Ketika bercerita mengenai bagaimana dirinya menjalani kehidupan seharian, Ahmad Shamsuri berkata, tiada apa yang berbeza sebagaimana orang normal yang lain.

Namun tambah beliau, teknologi yang semakin berkembang pesat amat membantu memudahkan kehidupannya.

“Saya amat bersyukur dengan teknologi yang ada pada hari ini. Di telefon bimbit saya ada dilengkapi perisian yang boleh baca apa yang saya tulis.

“Jika mahu bergerak dari rumah ke fakulti, jika tiada yang menghantar, saya akan gunakan perkhidmatan Grab. Begitu juga jika mahu memesan makanan,” katanya yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran tempatnya mengajar bersama dua rakan lain.

“Sekiranya mahu membeli barang, saya juga menggunakan perkhidmatan online . Tidak ada masalah bagi saya gunakan online banking untuk berurusan, hanya perlu menghafal nombor akaun.

“Begitu juga kalau mahu menonton wayang di pawagam mahupun karaoke. Semuanya seperti orang lain kecuali deria penglihatan terhad. Jangan tak tahu, saya juga suka melancong dan tempah sendiri tiket kapal terbang,” katanya yang gemar melancong ke Australia.

Diskriminasi masyarakat

Menurutnya lagi, memang tidak dinafikan keadaan persekitaran pada masa kini sama ada dari segi kemudahan dan sikap masyarakat, secara tidak langsung menjadikan OKU seolah-olah seperti golongan minoriti.

“Masih ada segelintir masyarakat yang tidak cakna kepada golongan seperti kami. Pernah saya masuk kedai, tetapi dihalau kerana disangka mahu jual barang.

“Dari segi persekitaran, memang ada yang tidak mesra OKU kerana ia direka oleh orang normal. Justeru, kami kena kreatif dalam usaha untuk membiasakan diri.

“Pesan saya kepada mereka yang OKU, kita jangan jadikan ia halangan untuk sekat partisipasi dalam masyarakat. Kita pecahkan halangan dan bina jambatan supaya kita turut sama inklusif,” katanya mengakhiri bicara.

 

Kredit: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU