Connect with us

Kisah

Pengasas Roti Gardenia Asal Kota Kinabalu Sabah Dibunuh & Sejarah Gardenia Malaysia

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 10 21 45 32

Gardenia jenamaa roti yang paling cukup di gemari oleh rakyat Malaysia.Benarkah pemilik asal pengasas roti Gardenia di bunuh ?jom baca lagi.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd didagangkan sebagai Gardenia merupakan syarikat pembuat produk roti Malaysia dimiliki oleh QAF Ltd.

Pengasas Roti Gardenia Asal Kota Kinabalu Sabah Dibunuh

slocc

Syarikat ini juga turut mengoperasikan beberapa syarikat bawahan seperti Gardenia Singapuran dan Gardenia Filipina.

Produk-produk utama keluaran syarikat ini adalah berasaskan roti, kek dan bakeri.

Gardenia merupakan syarikat bersekutu Padiberas Nasional Berhad.

gar
Menurut sejarah awal Gardenia pada tahun 1969 seoarang lelaki dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Horatio Sye Slocumm ditugaskan dan dihantar ke Malaysia oleh International Exceutive Corporation (IESC).

Syarikat ini adalah sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab meningkatkan taraf hidup masyarakat di seluruh dunie melalui pembangunan syarikat-syarikat perniagaan bagi memulakan perniagaan yang berasaskan roti .

amp
Memandangkan Horatio Sye Slocumm memiliki pengalaman dalam bidang pembuatan roti lebih dari 35 tahun maka beliau telah dihantar oleh organisasi ini untuk memulakan projek tersebut di negara Malaysia.

Setibanya di Malaysia Horatio Sye Slocumm bekerjasama dengan ahli perniagaan terkenal di Sabah Datuk Wong Tze Fatt untuk menubuhkan sebuah syarikat dikenali sebagai Gardenia Food Industries yang beroperasi di Sabah.

peng
Dalam masa yang sama, untuk pasaran semenanjung Malaysia pula ia diterajui oleh syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd. Kepunyaan Syed Mukhtar Al Bukhary pertama kali mengadun bebuku roti tahun 1986.

Syarikat Gardenia Bakeries KL dalam hanya tempoh 4 tahun sahaja telah menjadi pelopor pasaran roti terkemuka nombor satu di Malaysia.

gar1

Sejak beberapa tahun mutakhir ini, Gardenia telah berjaya mencipta dan memasarkan perlbagai produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat berterusan dari rakyat Malasyai khususnya.

Sempena PKPB ini, peningkatan permintaan roti ini daripada pelanggan menyebabkan kilang Gardenia meningkatkan pengeluarannya kepada 2.2 juta buku roti sehari. Demi untuk anda.

Banyak anugerah telah diraih oleh syarikat ini, antaranya anugerah dan pencapaian Gardenia ialah:

2002

Mendapat anuerah Sistem Kualiti Pengurusan ISO 9001

2004

Anugerah Kebangsaaan bagi kreativiti dan inovasi Malaysian Design Technology Centre

2008

Anugerah Pilihan Malaysia 2008 Superbrands Malaysia

Sebenarnya banyak lagi anugerah-anugerah telah diraih oleh syarikat ini. Selain itu Gardenia Barkeries KL Sdn Bhd pernah mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan mengenai kekeliruan di antara Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd dan Gardenie Food Industries.

wong

Menurut Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd kedua-dua entiti syarikat ini adalah merupakan syarikat yang berbeza, pengurusan yang berbeza, polisi yang berbeza dan sistem operasi yang berbeza.

Pada 30 Januari 1981, Gardenia telah bekerjasama dengan Pepsi International Company, yang terkenal dengan minuman ringan Pepsi Cola dan Mirinda. Beginilah bermulanya Gardenia Beverage Sdn. Bhd. di bawah Tong Hing Group dan sebab mengapa korang boleh dapatkan minuman ringan dalam tin dengan label Gardenia di Sabah dan Sarawak.

Selain itu wujud perdebatan bahawa rasa roti Gardenia di Sabah berbeza dengan roti yang dijual di Semenanjung Malaysia.

Untuk pengetahuan anda Horatio Sye Slocumm meninggal dunia pada 30 September 1982. Namanya sehingga kini terus kekal sebagai rujukan resepi roti putih yang enak dan berkualiti tinggi. Mendiang selamat dikebumikan di Forest Hill Cemetery yang terletak di Alabama Amerika Syarikat.

sloc

Langit tidak selalunya cerah, nasib seorang lagi pengasas asal roti Gardenia ini iaitu Datuk Wong Tze Fatt agak kurang baik selepas menempah kejayaan demi kejayaan sehingga meletakkan beliau sebagai taikun yang sangat disegani.

Beliau dan isteri telah dibunuhdi kediaman mereka yang terletak di Kota Kinabalu Sabah.

Setelah dikatakan rumah mereka telah dipecah masuk dan sehingga sekarang tiada bukti untuk mengaitkan sesiapa di dalam kes ini.

Jadi kesimpulannya, jenama roti Gardenia terus berkembang di rantau asia dan menjadi pilihan utama mereka yang gemarkan roti putih sebagai santapan harian termasuklah di negara ini.

Semoga berinformasi!

Kredit: “PENGASAS GARDENIA SABAH DIBUNUH” – KISAH GARDENIA PERTAMA KALI DIBAWA MASUK KE MALAYSIA 1969

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU