Connect with us

INFO

Pengasas produk kaya-raya, tapi ejen setakat tu je lah, Lelaki Ini Dedah Bagaimana ‘Founder’ Boleh Jadi Jutawan Tapi Ramai Pula Bangkang

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

44

Bila buka TikTok je keluar FYP founder tunjukkan kemewahan mereka,sebenarnya apa formula dia sampai boleh buat sedemikian ?jom sambung baca.

Seorang TikTokers mendedahkan ‘formula’ bagaimana pengasas produk boleh jadi kaya-raya tidak seperti ejen atau stokis yang begitu-begitu sahaja.

Pengasas produk kaya-raya, tapi ejen setakat tu je lah

Papa Berry 1.jpg

Menerusi @papaberry, lelaki itu menegaskan bahawa pelanggan nombor satu bagi pengasas produk itu adalah barisan ejen atau stokis mereka sendiri

Menurutnya, sistem kuantiti pesanan minimum (MOQ) yang dikenakan terhadap ejen atau stokis sekaligus menjadi sumber pendapatan tetap bagi pihak pengasas produk.

“Sebabnya, ejen atau stokis ini wajib beli produk dari pengasas mengikut minimum order quantity (MOQ).

“MOQ ini ada yang bernilai ribuan ringgit, belasan bahkan puluhan ribu ringgit. Setiap bulan kena beli sebanyak itu.

“Kalau tidak, kelayakan ejen atau stokis akan dibatalkan. Soal jual ke tak dapat jual ke, itu belakang cerita. Yang penting MOQ mesti ditepati,” jelasnya.

photo 2022 09 08 08 50 55

Pemilik akaun media sosial, Papa Berry Studios berkenaan bagaimanapun mengakui bukan semua pengasas produk memperoleh pendapatan dengan cara itu.

“Bayangkan kalau satu ejen diwajibkan beli produk sebanyak RM5,000, kalau pengasas itu ada 20 ejen di seluruh Malaysia, situ saja sudah dapat RM100,000 sebulan.

“Memang tidak semua begini tapi secara asasnya lebih kurang saja kisah mereka sebenarnya,” kata Papa Berry lagi.

Walau bagaimanapun, sebahagian komentar dipercayai golongan peniaga atau stokis produk tertentu berpendapat sebaliknya.

Bagi Ermawati Tahir, tiada masalah sebenarnya untuk restock MOQ bahkan boleh empat kali sebulan sekiranya menjalankan bisnes dengan cukup ilmu, maklumat dan circle yang tepat.

44

“Sebab itu, kalau nak berniaga kena ada ilmu, jangan malas. Tanpa ilmu kita cuma bazir modal. Bukti saya dulu bermula dengan dropship.

“Alhamdulillah, lepas masuk lima tahun konsisten buat bisnes yang sama, saya upgrade sampai ada team sendiri.

“Selain ilmu, kena trust the process juga kalau nak dapat hasil yang seperti diharapkan,” jelasnya.

Hal sama juga ditekankan oleh Siti Maisarah yang berpendapat mampu atau tidak untuk menjual sesuatu produk itu bergantung pada diri sendiri.

“Tiada paksaan nak jual produk tersebut. Kalau rasa tak mampu nak jual, jangan ambil risiko untuk jual. Itu saja. Janji seseorang itu usaha untuk dapatkan rezeki yang halal,” ujarnya lagi.

Sumber :Malaysia Dateline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU