Connect with us

Kisah

Pemandu Traktor Saja Dah Gaji RM 5,000? Pekerja Bangladesh Ini Kongsi Caranya Berbelanja

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 18 06 45 17

Mesti ramai tak sangka kerja sebagai pemandu traktor pulangannya lumayan. Sebagai bukti, seorang lelaki warga Bangladesh baru-baru ini berkongsi jumlah gajinya sebagai pemandu traktor di sebuah ladang di Terengganu dan yang pasti, jumlahnya lebih tinggi berbanding ramai eksekutif walau di Kuala Lumpur!

Pemandu Traktor Saja Dah Gaji RM 5,000

photo 2022 09 18 06 45 17

Menurut satu video tular yang dimuatnaik di akaun TikTok @zackl150, seorang lelaki warga Bangladesh menjawab soalan tentang pendapatan bulanannya sebagai pemandu traktor di sebuah ladang di Ladang Mawar, Kemaman. Katanya, gajinya pada bulan lalu ialah RM 5,400.

Apabila dipinta menunjukkan penyata gajinya, jumlah bersih selepas potongan ialah RM 4,917.55! Lebih menarik, dia memberitahu daripada jumlah itu, RM 4,500 akan dihantar kepada keluarganya di kampung halaman manakala baki RM 500 saja adalah untuk kegunaan hariannya.

Video:

https://vt.tiktok.com/ZSRupQdem/

sudah bekerja di Malaysia selama 5 tahun dan masih belum berkahwin.

Video yang dimuatnaik pada Ahad lalu itu kini telah tular, dengan lebih 175,000 tontonan dan lebih 6,400 tanda suka.

Rata-rata pengguna TikTok rasa kagum dengan jumlah gaji warga Bangladesh itu dan ramai memuji sikapnya yang bekerja untuk berbakti kepada keluarga.

“Bagus tabiat 😅 peluh dia ada makna. jangan kata banyak gaji . duit itu duit kerja. bagus like,” komen @Nathan rb_joo7.

“Guna untuk sediri 500 hantar pada famly 4500, mantap. yg hairan kenapa org kita x nk buat keje mcm ni,” komen @MohdAzhar439 pula.

Hidup biar sederhana, asalkan bahagia.

Sumber :WAPCAR

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU