Kisah
Pelajar Universiti Berjaya Menghasilkan Reka Bentuk Bθm Nuklear, Menyebabkan Semua Model Dan Kertas Kerja Dirampas Oleh (FBI), Bθm Yang Dihasilkan Mempunyai Kekuatan Satu Pertiga Daripada Bθm Atom Yang Digunakan Semasa Perang Dunia Kedua (WWII)

Pelajar Universiti Berjaya Menghasilkan Reka Bentuk Bθm Nuklear, Menyebabkan Semua Model Dan Kertas Kerja Dirampas Oleh (FBI), Bθm Yang Dihasilkan Mempunyai Kekuatan Satu Pertiga Daripada Bθm Atom Yang Digunakan Semasa Perang Dunia Kedua (WWII)
kisah benar yang menimpa seorang pelajar universiti bernama John Aristotle Phillips, apabila kerja jurusannya yang amat mengejutkan sehingga ia dirampas oleh pihak berkuasa FBI.
Phillips ketika itu menyambung pengajian di Universiti Princeton dalam jurusan aeroangkasa dan sains mekanikal. Pada usia 21 tahun, dengan hanya berbekalkan maklumat yang tidak dinyahsulit dari Pejabat Percetakan Kerajaan Amerika Syarikat dan rujukan dari perpustakaan universiti, dia berjaya menghasilkan reka bentuk bθm nuklear yang boleh memusnahkan sebahagian kawasan Manhattan.
Semua ini berlaku pada tahun 1976. Alat bersaiz bola pantai itu telah dihasilkan selama beberapa bulan oleh Phillips. Ia dibuat dengan tujuan menunjukkan mana-mana individu berniat jahat termasuk pengganas boleh menghasilkan bθm nuklear menggunakan maklumat awam. Dari segi aspek berkenaan, Phillips dianggap berjaya kerana menurut saintis nuklear Dr Frank Chilton, ia memang direka untuk diletupkan.
Sebenarnya, ramai pelajar jurusan Phillips turut mencuba melakukan perkara sama. Tetapi mereka bergelut bagaimana untuk menggunakan letupan konvensional sebagai cara mengaktifkan bahan nuklear yang terletak di tengah-tengah bθm. Cara Phillips ialah menghubungi DuPont dan bertanya secara sopan jenis bahan yang digunakan. Reka bentuk bθm yang dihasilkan beliau mempunyai kekuatan satu pertiga daripada bθm atom yang digunakan di Hiroshima dan Nagasaki semasa hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua (WWII).
Tetapi selepas beberapa minggu menyerahkan reka bentuk dan model bθm kepada jabatan fizik universiti, semua model dan kertas kerja yang dihantar telah dirampas oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Apabila Phillips ditanya oleh ketua jabatan berkenaan hal itu, barulah dia sedar sesetengah perkara yang dikongsikan DuPont masih lagi dikelaskan sebagai sulit.
Insiden ini bagaimanapun menjadikan Phillips dikenali ramai. Diberi gelaran ‘The A-Bθmb Kid’ oleh media ketika itu, dia menghasilkan sebuah buku bertajuk Mushroom: The True Story of the A-Bθmb Kid bersama penulis David Michaelis. Ia juga turut mendorongnya menjadi aktivis anti-senjata nuklear dan dijadikan sebagai teras utama kempennya di Kongres AS pada 80-an.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.