Connect with us

Pendidikan

Pelajar Istimewa Terima Keputusan Cemerlang SPM 2019

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

Keputusan Cemerlang SPM

Pelajar Cemerlang SPM tahun 2019 anak kepada pasangan mekanik dan suri rumah itu berkata, dia mengalami kecacatan itu sejak lahir dan kekurangan itu tidak menjejaskan keyakinannya untuk berkawan dan belajar.

Seorang pelajar lelaki kurang upaya (OKU) fizikal tangan kiri yang berasal dari negeri Perak mendapat keputusan cemerlang SPM

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS),di sini, Oscar Wong Kinn Lap, 18, mendapat 4A+, 5A dan 1A- sekali gus disenarai sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Perak.

Pelajar Istimewa Terima Keputusan Cemerlang SPM

Keputusan Cemerlang SPM

“Rakan-rakan banyak membantu saya dalam pelajaran terutama ketika belajar secara kumpulan. Kami saling membantu jika ada kelemahan dalam subjek yang dipelajari. Saya hanya belajar antara satu atau dua jam setiap malam ketika di rumah.

Baca lagi:Dulu UPSR 6A, Kini PT3 13A! Bapa Ini Kongsi 20 Amalan Didik Anak Cemerlang Akademik. Inspirasi!

“Saya merancang menyambung pelajaran di Tingkatan Enam dan mengambil bidang berkaitan keselamatan siber di peringkat universiti,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan SPM 2019 di Jabatan Pendidikan Perak di sini.

Keputusan Cemerlang SPM

Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan Perak, Dr Abdul Aziz Bari (kanan) beramah mesra dengan kesemua 15 pelajar cemerlang SPM Perak.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, seramai 15 pelajar daripada 29,667 calon memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran.

“Daripada jumlah itu, seramai 732 calon memperoleh keputusan cemerlang dan daerah Bagan Datuk mencapai Gred Purata terbaik negeri iaitu 4.56 mata.

“Daerah Hulu Perak pula menunjukkan peningkatan mata Gred Purata tertinggi iaitu 5.08 mata,” katanya.

Keputusan Cemerlang SPM

Dr Mohd Suhaimi
Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Gerik, menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah tertinggi.

“Selain itu, seramai 96 calon CBK menduduki peperiksaan dan hanya 45 calon layak dianugerahkan SPM.

“Kita harap analisis keputusan Cemerlang SPMini boleh digunakan untuk menambah baik kualiti pendidikan negara untuk melahirkan modal insan seimbang seperti dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Seramai 15 pelajar daripada 29,667 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Sumber:Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU