Connect with us

Kisah

Pelajar Cari Semula Bekas Gurunya Yang Bermulut Celup4r

Published

on

Saya begitu terkesan apabila membaca perk0ngsian dari cikgu Farazi. Tanpa sedari mengalir juga air mata bila membaca ucapan penghargaan bekas muridnya yang pernah menerima hukuman kini berjaya menjadi anggota polis. Malah bekas muridnya mencarinya untuk memberi tahu kejayaannya serta mengucapkan terima kasih.

Inilah impian kami guru guru inginkan. Bukan sekadar mahu anak murid cemerlang tetapi mahu anak murid menjadi.

Pelajar Cari Semula Bekas Gurunya Yang Bermulut Celup4r

 

Kemenjadian ini diterjemahkan dengan ucapan terima kasih kepada guru. Membaca perbualan dalam whatsapp antara cikgu Farazi dan bekas pelajarnya mampu mengalirkan air mata.

Hakikatnya guru-guru itu marahnya bersebab. Dalam hati mereka tetap mendoakan kejayaan anak-anak didik supaya berjaya.

Tahniah Cikgu Farazi.

Berikut kisah cikgu Farazi dalam perkongsiannya di FB.

Kisah seorang cikgu ‘j4hat’ dan mulut celup4r macam aku,

Semalam aku terima whatapps dari se0rang Ex student SMK Pitas ii, Hanafi namanya, aku taktau dari mana dia dapat nombor aku. Dia buat aku jadi sebak dan sedikit bersemangat.

 

Dia ni dulu budak kelas paling belakang, hardcore, gaduh dan pukul menjadi mainan dalam hidup dia. Selalu juga kena marah pukul penampar dan rotan dari aku waktu tu aku pegang jawatan Guru Disiplin, ya paling besar bila aku uruskan kesnya hingga ke Balai Polis Pitas dengan PK Tingkatan 6 kak Mulan Apparels (nama betul cikgu ni Senah, saje nampak macam glamer bubuh la nama Mulan tu), alhamdulillah, masin mulut aku, dia benar-benar jadi P0lis sekarang.

Sengaja aku up dekat sini agar menjadi pemangkin semangat untuk anak-anak Pedalaman Pitas, dan juga semangat buat aku jika aku mula malas dan Alpa..kata-katanya pula kali ni memberi aku pengajaran untuk tidak judge sesiapa terlalu awal.

Bersabar la cikgu, jika dua tiga kerat yang membenci kita pasti akan muncul sekelompok atau seribu orang yang ingat kita..

Demikianlah post cikgu Farazi yang dimuat naik .Saya amat setuju dengan kata kata beliau. Jika ada yang membenci pasti juga ada yang mengingati jasa kita.

sumber :cikgu emmet/My Team Network

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!