Connect with us

Jawatan Kosong

Pasangan Gaji RM 5.4k Kemaruk Nak Beli Honda BR-V, Minta ‘Reschedule Loan’ 2 Tahun Kemudian

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 22 16 24 20

Viral di Tik Tok satu kisah tentang sepasang suami isteri yang berkeras hendak membuat pinjaman bagi pembelian Honda BR-V walaupun sudah dinasihatkan untuk mempertimbangkan keputusan itu semula dek keadaan kewangan yang kurang meyakinkan. Namun, ternyata pasangan itu terpaksa membuat penjadualan semula pinjaman dua tahun kemudian.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang jurubank di TikTok @qiesamanda, dimana dia ingin mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kewangan dengan baik. Menurutnya, dua tahun lalu, pasangan berkenaan datang kepadanya dengan niat ingin membuat pinjaman penuh untuk membeli Honda BR-V berbekalkan pendapatan isi rumah RM 5,400.

Pasangan Gaji RM 5.4k Kemaruk Nak Beli Honda BR-V

Honda N7X Concept 2 6399 16201 7511 1308 1620101611 1068x559 1

Pasangan bekerja itu difahamkan mempunyai dua orang anak berusia 3 ke 4 tahun, tinggal di rumah sewa, dan sudahpun memiliki Perodua Axia. Ketika itu, komitmen bulanan pasangan berkenaan merangkumi bayaran pinjaman 100 peratus untuk Axia iaitu lebih RM 400, sewa rumah RM 900, taska anak-anak RM 600, dan kos sara hidup lain-lain.

Menilai keadaan kewangan mereka, Qiesamanda cuba memberikan nasihat kewangan dan meminta pasangan itu untuk mempertimbangkan semula pembelian SUV Honda berkenaan yang dianggap luar dari kemampuan mereka.

Honda BRV Interior

Bagaimanapun, ketika itu pasangan berkenaan tidak mengendahkan nasihatnya dan memarahinya dengan berkata, “Kalau saya tak mampu saya tak beli kereta, cik. Sebab mampu saya berani beli.” Kini, ternyata mereka berdepan masalah untuk membuat bayaran dan memintanya untuk menguruskan penjadualan semula pinjaman SUV berkenaan.

Sebagai info, Honda BR-V 2020 dijual pada harga bermula dari RM 89,900 (1.5L E) hingga RM 96,900 (1.5L V) – naik kira-kira RM 9,000 berbanding model pra-facelift sebelumnya. Jika model inilah yang dibeli oleh pasangan berkenaan, bayaran bulanannya untuk pinjaman 9 tahun adalah sekurang-kurangnya sekitar RM 1,100 sebulan bagi varian E.

photo 2022 09 22 16 24 20

VIDEO:

https://vt.tiktok.com/ZSRuGj1eP

“For those yang nak beli kereta lebih-lebih lagi full loan ni.. please la fikir masak2. Sbb kalau rasa2 mampu beli kereta, kenapa nak full loan?”

“Hari2 risau tengok application from customer especially anak2 muda yang baru nak start keje with income only RM 2.5k tapi dah berani apply kereta Honda full loan,” tulis jurubank berkenaan di perkongsian itu.

Sumber:Wap Car

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU