SEMASA
Panggilan Terakhir Bersama Ibu

“Saya dapat panggilan maklumkan semua ahli keluarga dalam Alza putih tidak dapat diselamatkan (meninggal dunia),” Jelas Siti Fatimah Mohd Rodhi.Siti Fatimah, 27, anak kepada pasangan suami isteri, Mohd Rodhi Othman, 64 dan Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 62 berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik dekat Perak, kelmarin.
Turut terkorban dalam nahas itu, kakak termasuk abang iparnya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Ahmad Khomaini Abu, 32, serta anak saudaranya, Zara Hana Ahmad Khomaini, 6.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, sebelum kejadian dia ada membuat panggilan video dengan ibunya kira-kira jam 12 tengah hari bagi bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa keluarganya.
Panggilan Terakhir Bersama Ibu
“Ibu, ayah, kakak (Siti Aishah), abang ipar dan anak saudara saya berada di Kelantan sejak Jumaat bagi menghantar seorang lagi kakak saya (Siti Khadijah) yang mengikuti pengajian pondok di sana.
“Selepas selesai pendaftaran semalam (kelmarin), kelima-lima mereka ingin pulang ke rumah di Sungai Petani dan ketika mereka berada dalam kenderaan saya membuat panggilan video dengan ibu yang memaklumkan sudah selesai menghantar kakak.
“Namun, kira-kira jam 4 petang, saya dapat panggilan dari individu tidak dikenali yang memaklumkan keluarga saya terbabit kemalangan dan mereka semua tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Siti Fatimah berkata, sebaik dimaklumkan kejadian menimpa ahli keluarganya dia bersama suaminya bergegas pulang dari Kuala Lumpur ke Sungai Dua, di sini, sementara abang sulungnya berada di Hospital Gerik bagi menguruskan kesemua jenazah.
“Memang terkejut sangat sebab baru sahaja bercakap dengan ibu serta yang lain-lain tiba-tiba mereka pergi buat selama-lamanya.
“Individu yang menghubungi saya memaklumkan dia menelefon saya kerana nampak nombor saya yang terakhir berada di butiran panggilan,” katanya.
Mengulas lanjut, Siti Fatimah berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya adalah pada cuti Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
“Ketika itu kami sembang macam biasa sahaja, tiada apa-apa yang pelik atau perubahan sikap yang lain, sama juga seperti semalam mereka semua dalam keadaan baik sahaja.
“Apa yang berlaku ini sudah menjadi ketentuan, kami reda dengan ujian ini,” katanya.
Dalam kejadian jam 3.45 petang semalam, lima sekeluarga yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.
Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.
Terdahulu, jenazah lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari Hospital Gerik ke Tanah Perkuburan Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua untuk dikebumikan selepas solat Zohor.
Sumber :Harian Metro
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.