Kisah
Pada Tahun 1941, Ali Al-Awadhi, Budak 12 Tahun Yang Tawaf Kaabah Sambil Berenang Kerana Mekah Dilanda Banjir
Pada Tahun 1941, Ali Al-Awadhi, Budak 12 Tahun Yang Tawaf Kaabah Sambil Berenang Kerana Mekah Dilanda Banjir
Kota Suci Mekah suatu ketika dulu pernah dilanda b4njir yang besar buat beberapa kali. Salah satu banjir yang hɛbat berlaku di Mekah ialah pada tahun 1941. Ketika kejadian itu berlaku, Kaabah dikatakan terɛndam air hingga ke paras 6 kaki atau 1.8 meter.
Disebabkan hal tersebut, syarat sah ibadah haji iaitu bertawaf atau berputar mengelilingi Kaabah agak mustahil untuk dilakukan.
BUDAK 12 TAHUN BERENANG UNTUK TAWAF KAABAH.
Namun situasi itu bukanlah satu perkara yang mustahil bagi seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Ali Al-Awadhi dari Bahrain.
Dia dikatakan tetap melakukan tawaf sambil berenang. Malah tindakan Ali yang sedang berenang itu juga berjaya dirakam oleh seorang jurugambar yang kemudian menjadi foto paling legend dalam sejarah ibadah haji.
Pada ketika kejadian ini berlaku, Ali yang masih budak-budak dikatakan sedang menuntut ilmu di Mekah.
Saat itu Mekkah terus diguyur hujan selama seminggu penuh, siang dan malam hingga terjadilah b4njir.
Aku melihat banyak orang, kenderaan, dan haiwan yang disapu banjir, sementara banyak rumah dan kedai juga bergenang dengan air,” katanya dalam satu wawancara di TV Kuwait pada 2013.
“Kerana aku pandai berenang, aku ada idea untuk melakukan tawaf sambil berenang”.
Ali bersama abangnya, Haneef dan dua lagi rakan kemudian jadi tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan Masjidil Haram ketika banjir.
“Namanya pun kami masih lagi budak-budak pada masa itu, kami jadi seronok melihat mataf (lantai tempat tawaf) banjir.
“Kerana aku pandai berenang, aku ada idea untuk melakukan tawaf sambil berenang,” kata Ali.
Namun katanya, saat dia sudah berenang mengelilingi Kaabah, ada seorang polis datang memintanya berhenti.
Menurut polis itu, dia bimbang jika Ali dan kawan-kawannya mencvri batu Hajaratul Aswad pula.
Aku kemudian meyakinkan polis untuk menyempurnakan tawafku dulu. Sementara dua temanku, Muhammad Al Tayyib dan Ali Thabit tak kuat lagi untuk berenang.
“Mereka memanjat ke tangga Kaabah, menunggu untuk diselamatkan.
“Aku merasa gembira kerana boleh melakukan ritual haji dalam cara yang unik,” katanya lagi dengan perasaan bercampur baur.
Foto Ali berenang mengelilingi Kaabah itu kemudian menjadi foto legend sehinggakan pada tahun 1995 ketika Ali kembali ke Mekah dia terkɛjut melihat gambarnya telah dijual sebagai souvenir haji.
Ali Al-Awadhi kemudian dilaporkan telah meningg4l dunia pada tahun 2015 dan kisah mengenainya masih lagi diperkatakan hingga kini.
Meskipun kisahnya diketahui ramai, Ali bukanlah orang pertama yang melakukan tawaf sambil berenang. Orang pertama yang melakukan hal itu ialah sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdullah Al Zubayr dan Badri Al Din bin Jama’a.
Al Din juga katanya bukan sahaja menyelam tapi sempat mencium Hajaratul Aswad.
Insiden bertawaf sambil berenang ini adalah satu perkara yang sangat jarang berlaku. Meskipun Makkah sering dilanda b4njir, tapi berdasarkan catatan sejarah, belum pernah lagi air b4njir cukup tinggi hingga membolehkan para jemaah berenang.
Momen ini dikatakan hanya berlaku sebanyak dua kali iaitu pada zaman Nabi dan pada tahun 1941.
Al Fatihah buat Ali Al-Awadhi.
Sumber; Lobak Merah.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.