Pendidikan
OKU Lembam Berjaya Genggam Segulung Ijazah

Walaupun dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Lembam (slow ,learner),bukan menjadi menghalang Habib Akmal Rifaie Habib Abduraman, 28, untuk menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Penerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Multimedia) Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) UMS itu mengalami masalah pembelajaran sejak daripada zaman kanak-kanak lagi.
OKU Lembam Berjaya Genggam Segulung Ijazah
“Ketika berada di UMS, kekurangan ini menjadi satu cabaran besar kerana sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk memahami apa yang diajarkan oleh pensyarah.
“Saya juga mempunyai sedikit kesukaran dalam berkomunikasi dengan orang ramai termasuk dengan pelajar-pelajar dalam kampus,” katanya.
Namun, berbekalkan tekad dan iltizam, beliau mengulang kaji dan mempelajari semua subjek yang diajar dengan penuh tekun sehingga benar-benar faham dan menguasainya.
“Dorongan dan motivasi daripada kedua ibu bapa merupakan pembakar semangat untuk tidak berundur dan terus menggandakan usaha mengatasi kekurangan diri sehinggalah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2021.
“Justeru pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan membimbing saya khususnya kepada kedua ibu bapa tercinta.
“Tidak lupa kepada para pensyarah, warga UMS yang prihatin serta semua rakan-rakan yang sentiasa berada pada ketika susah dan senang,” ujar Habib Akmal yang berasal daripada Putatan.
Sumber :Borneo Today
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.