Kisah
Nimelesh Harung Kemiskinan Hingga Jadi Doktor

“Masa saya dapat result SPM, mak saya tidak senyum dan mula menangis, sebab saya dapat satu ‘B’ dalam mata pelajaran English in Science and Technology.”
“Dia takut disebabkan oleh keputusan ini, saya tidak akan dapat biasiswa untuk lanjutkan pelajaran. Duit kami pun tidak cukup untuk lanjutkan pelajaran pun,” katanya.
Dia kehilangan bapa pada umur hanya 11 tahun. Ibunya terpaksa menyara kehidupan mereka dengan gaji sekitar RM1,000 sebulan. Satu ‘B’ tersebut seolah-olah menghancurkan harapan dan usaha mereka untuk mengubah perjalanan hidup.
Namun pengorbanan semua itu tidak sia-sia.
Nimelesh Harung Kemiskinan Hingga Jadi Doktor
Hari ini Nimelesh bergelar seorang doktor perubatan. Kecekalannya menjalani kehidupan yang penuh rintangan telah dikongsinya di Twitter baru-baru ini, dan menjadi inspirasi pada pengguna media sosial.
Menceritakan detik-detik kesusahannya, anak kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu sambutan Deepavali tidak pernah meriah bagi keluarga itu. Mereka tidak pernah ada baju baru.
Malah hari jadi juga tidak pernah disambut sehingga usianya 21 tahun. Lebih malang, mereka dipandang hina oleh sanak-saudara sendiri kerana miskin – ini antara rintangan dan bebanan yang dihadapinya.
Begitu benci bapanya
Bercakap kepada Malaysiakini, Nimelesh, 30, berkata kejayaannya hasil usaha ibunya yang tekad menyaranya. Katanya, ada pada satu ketika, wanita itu terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja sejauh 3 km dari rumah, setiap hari.
“Kami hidup dengan lebih kurang RM1,000 sebulan untuk menampung dua orang. Saya dapat bantuan buku teks dari sekolah dan pakai baju sekolah lama.” katanya.
“Kami tiada kereta, jadi saya akan pergi ke sekolah dan tuisyen jalan kaki. Saya pernah jalan 5 km bawah panas terik untuk ke tuisyen. Kadang-kala, cikgu sekolah pun akan tolong ambil saya,” katanya yang kini tinggal di Subang Jaya.
Dia masih ingat hari dia meminta wang RM10 pada ibunya untuk menonton wayang, dan ibunya menangis kerana tidak mampu memberikan kepadanya.
Pernah satu ketika, Nimelesh mengakui dia begitu “benci” pada bapanya kerana ‘meninggalkan’ mereka.
“Ada satu tahap saya benci gila mendiang ayah saya. Saya tipu semua orang yang dia asyik outstation.” katanya.
“Memang susah. Terutamanya bila ada perasaan ‘tidak pasti’. Tidak pasti sama ada saya akan berjaya.
“Tidak pasti sama ada mak saya dan saya dapat mengubah kemiskinan kami, mengubah hidup kami.”
Misi ke Rusia
Keperitan dan kesusahan yang dihadapi membuatkan beliau sedar bahawa hanya pembelajaran dapat mengubah nasibnya serta ibu tersayang.
“Pada masa itu, dalam fikiran saya hanya ada satu cara untuk mengatasi semua ini. Iaitu dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengubah masa depan kami.” kata pemuda itu.
Keputusan 10A 1B dalam SPM tersebut menjadi kerisauan untuk kerana pada anggapannya, keputusan ‘tidak sempurna’ itu akan merosakkan peluangnya mendapat biasiswa kerajaan, apatah lagi beliau seorang minoriti di negara ini, katanya.
Ternyata, nasib menyebelahinya dan peluangnya cerah kerana berjaya mendapat biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pengajian perubatan di Rusia selama enam tahun.
Bapa jadi inspirasi
Walaupun ‘benci’ kepada bapanya yang pergi terlalu awal, mendiang bapanya juga menjadi sumber inspirasi.
“Semasa membesar, ayah saya kerap masuk ke hospital kerana penyakit sirosis hati dan saya berasa seolah-olah saya tidak dapat membantu dia.
“Dialah sebab saya ingin menjadi seorang doktor. Supaya saya boleh menolong orang lain,” katanya.
D Nimelesh kini, menjalani program kepakaran (Masters) dalam bidang perubatan keluarga (family medicine) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Family medical specialist (pakar perubatan keluarga) memainkan peranan yang penting untuk menjaga kesihatan orang awam secara front liner dan memberi rawatan secara holistik kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.
Beliau berharap kisahnya dapat memberi semangat untuk anak-anak muda untuk terus berusaha ke arah kejayaan.
“Jangan sesekali putus asa. Memang akan ada masa yang kita berasa down sangat. Bekerja keras. Dengan usaha, kita mampu mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik.” katanya.
Sumber:MalaysiaKini
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah