Nabi Musa Tumbuk Mata Malaikat Ma ut

PERBINCANGAN kisah Nabi Musa dengan para pengikutnya sama ada yang beriman, atau yang tidak mahu beriman menjadi kisah yang bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi ibrah yang besar kepada umat Islam pada hari ini.

Begitulah panjang perbincangan berkenaan dengan seorang Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah dan diturunkan kitab Taurat kepadanya.

Setelah panjang perjalanan sirah dan sejarah Nabi Musa, kita akan tiba pada saat Malaikat Ma ut diutuskan Allah untuk mencabut ny awa Nabi Musa.

Imam Nawawi berkata, para Nabi dan Rasul akan diberi pilihan untuk menangguhkan kemaa tian atau siap sedia untuk dicabut nyawanya. Begitulah rahsia dan keistimewaan yang diletakkan kepada mereka.

Kisah kemaa tian Nabi Musa tidak dibicarakan di dalam al-Quran. Walaubagaimanapun, kisah ini terdapat di dalam Sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa pada suatu ketika Malaikat Maut diutuskan kepada Nabi Musa untuk mengambil nyawanya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa terus mena mparnya sehingga terke luar biji matanya.

Lalu Malaikat Maa ut pun kembali semula bertemu dengan Allah dan berkata :

“Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kema tian.”

Allah pun mengembalikan mata Malaikat Maut lalu berfirman :

“Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat diliputi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun.”

Lalu, Malaikat Maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa. Baginda pun bertanya, “Wahai Tuhan, setelah itu apa pula? Allah berfirman, “Kemudian kemaa tian.”

Nabi Musa berkata : “Jika begitu, aku mahu kemaa tian sekarang.”

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati Tanah Suci (Palestin) sejauh lemparan batu. Kemudian Rasulullah memberitahu :

” Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan ku burnya berhampiran Bukit Pasir Merah.” (Sahih Muslim, 2372, Kitab Fadail, Bab Keutamaan Musa)

Hadith yang panjang ini memberi penjelasan kisah Nabi Musa didatangi oleh Malaikat Ma ut. Walaubagaimanapun, kehadiran Malaikat Ma ut pada kali pertama dalam rupa bentuk manusia menyebabkan Nabi Musa tidak mengetahui perkara itu atas arahan Allah.

Ibnu Hajar Asqalani berkata, Nabi Musa tidak jelas sama ada yang hadir manusia betul atau malaikat pada kehadiran kali pertama. Oleh sebab demikianlah, Nabi Musa menamparnya.

Begitulah kisah-kisah para Nabi yang lain termasuklah Nabi Luth yang diutuskan ramai lelaki kacak yang datang ke rumahnya serta menjadi ketakutan kepada Nabi Luth kerana risau rumahnya akan dihadiri oleh kaum Sadom yang akan mengepung rumahnya. Namun, sebenarnya mereka adalah malaikat.

Dikisahkan juga perihal malaikat yang menyamar menerusi firman Allah, “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.” (Surah Maryam 16-17)

Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan ajalnya. Malaikat Maut diutuskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa. Malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata,

“Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kema tian.”

Hal ini membawa maksud, dia bertanya kepada Nabi Musa sama ada bersedia dengan kema tian atau tidak.

Firman Allah dalam Surah Al-Anaam ayat 61 yang bermaksud,

“Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai aj al ma ut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Dengan perintah itulah, maka Nabi Musa minta kepada Allah agar didekatkan Baginda dengan Tanah Suci Palestin dengan jarak lemparan batu sahaja. Lalu, Allah pun menerima permintaan Nabi Musa itu.

Begitulah pemahaman yang dapat disandarkan melalui kisah Nabi Musa ini. Apabila seseorang itu rapat dengan Allah, Allah akan merapati dengan mereka. Jika saat pertama kehadiran Malaikat Maut itu tidak berupa seorang manusia, tentu Nabi Musa tidak akan menamparnya, tetapi Allah menghadirkan malaikat sebagai pengutus kepada para Nabi untuk menunjukkan akan setiap upaya itu hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa mampu melaksanakan.

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menukilkan pandangan Al-Maziri yang berkata:

Sebahagian atheis telah mengingkari hadis ini berserta gambarannya dan berkata: “Bagaimana mungkin Musa boleh mencung kil mata malaikat ma ut?” Beliau membawakan beberapa jawapan oleh para ulama’ berkenaan perkara ini:

Pertama:

tidak mustahil apabila Allah SWT mengizinkan kepada Nabi Musa AS untuk melakukan tamparan ini. Ia sebagai ujian dan cubaan kepada yang ditampar (iaitu malaikat maut). Allah SWT berhak melakukan apa sahaja pada makhluk-Nya sesuai dengan apa yang dikehendaki-Nya. Dia juga berhak menguji sesiapa sahaja yang diingini-Nya.

Kedua :

Kejadian tersebut berlaku secara majaz. Maksudnya ialah Musa berdebat dan berhujah dengannya (malaikat ma ut), lalu mengalahkannya dengan hujah. Dikatakan: “فَقَأَ فُلَان عَيْن فُلَان”. Maksudnya “fulan telah memu kul mata si fulan” yang bermaksud orang itu telah mengalahkan si fulan dengan hujah.

(Berkenaan pendapat ini), Al-Maziri memberi komentar:

Dalam perkara ini, ia mengandungi kelemahan kerana sabda Baginda SAW: “فَرَدَّ اللَّهُ عَيْنَهُ” (Maka Allah SWT mengembalikan matanya). Apabila dikatakan bahawa maksudnya adalah “mengembalikan membantah hujahnya,” maka ini adalah jauh sekali (sukar diterima). Justeru, maksud mata di sini adalah zahir.

Ketiga:

Nabi Musa tidak tahu bahawa yang datang kepadanya ialah Malaikat utusan Allah. Nabi Musa menyangka bahawa ia adalah orang asing yang menginginkan nyawanya, sehingga Nabi Musa harus membela dirinya dan menamparnya. Pembelaan ini membuatkan dirinya tanpa sengaja mencung kil matanya.

Ini adalah jawapan al-Imam Abu Bakr bin Khuzaimah dan yang lainnya daripada kalangan ulama terdahulu. Pendapat ini juga dipilih oleh Al-Maziri dan Al-Qadhi ‘Iyadh

Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim (8/103)

Perihal Nabi Musa tidak mengenali malaikat maut. Ini adalah hal yang biasa. Ini kerana malaikat boleh berubah ke dalam bentuk seorang manusia. Perkara ini juga berlaku kepada Maryam. Firman Allah :

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَـٰبِ مَرْيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا ﴿١٦﴾ فَٱتَّخَذَتْ مِن دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَآ إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا ﴿١٧﴾ قَالَتْ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِٱلرَّحْمَـٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيًّا

Maksudnya :” Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Mariam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.”

(Surah al-Mariam : 16-19)

Begitu juga, ketika Nabi Lut didatangi oleh 2 orang malaikat sebelum kaumnya diturunkan azab :

وَلَمَّا جَآءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِىٓءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ ﴿٧٧﴾ وَجَآءَهُۥ قَوْمُهُۥ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِن قَبْلُ كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ۚ قَالَ يَـٰقَوْمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ ۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّـهَ وَلَا تُخْزُونِ فِى ضَيْفِىٓ ۖ أَلَيْسَ مِنكُمْ رَجُلٌ رَّشِيدٌ ﴿٧٨﴾ قَالُوا۟ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِى بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّۢ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ ﴿٧٩﴾ قَالَ لَوْ أَنَّ لِى بِكُمْ قُوَّةً أَوْ ءَاوِىٓ إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ ﴿٨٠﴾ قَالُوا۟ يَـٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓا۟ إِلَيْكَ ۖ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِّنَ ٱلَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلَّا ٱمْرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُۥ مُصِيبُهَا مَآ أَصَابَهُمْ ۚ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ ٱلصُّبْحُ ۚ أَلَيْسَ ٱلصُّبْحُ بِقَرِيبٍ

Maksudnya :” Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan. Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.”. Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”. (Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

(Surah Lut :77-81)

Ini bermakna malaikat boleh menyerupai seorang lelaki yang mana lengkap mata dan wajahnya sehingga tidak dikenali melainkan jika diberitahu. Ini dikuatkan lagi oleh sabda Nabi saw :

وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ

Maksudnya :” Kadang-kadang malaikat datang kepada ku dengan menyerupai seorang lelaki dan bercakap denganku. Lalu aku fokus terhadap apa yang dia katakan”

Riwayat al-Bukhari (2)

Perbuatan Nabi Musa menu mbuk malaikat itu berasas, kerana pada ketika itu malaikat ma ut menyerupai seorang lelaki yang menyebabkan Nabi Musa tidak mengenalnya. Apatah lagi,ia masuk ke rumah tanpa izin. Al-Khattabi menyatakan bahawa Nabi Musa hanya ingin mempertahankan dirinya.

Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (20/115)

Sama seperti kita yang semestinya akan mempertahankan diri jika terlihat seorang lelaki yang asing di dalam rumah kita. Berkemungkinan orang itu pero mpak atau pembu nuh. Jika tidak berhati-hati mahu melayang nyawa kita.

Kesimpulannya, hadis ini adalah hadis yang sahih lagi thabit.Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman tambahan kepada kita semua.

Wallahu’alam.

Sumber : Ikim mufti kl

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*