Connect with us

Kisah

“Pemergiaan Yang Dicemburui,” Teladani Kisah Ustazah Taslimah Meninggal Baca Al Quran Ketika Memimpin Tahlil & Khatam Al-Quran

Published

on

meninggal baca al quran

“Pemergiaan Yang Dicemburui,” Teladani Kisah Ustazah Taslimah Meninggal Baca Al Quran Ketika Memimpin Tahlil & Khatam Al-Quran

Dalam jauh perjalanan hidup manusia di dunia, pengakhiran yang baik adalah yang menjadi impian setiap orang. Husnul khatimah adalah kebahagiaan yang bakal dikecapi bukan sahaja kemuliaan di dunia tetapi lebih banyak juga di akhirat. Ibaratnya segala amal ibadah dan penat lelah yang dilakukan selama ini diterima oleh Allah SWT. Kisah Ustazah Taslimah meninggal baca Al-Quran sepatutnya perlu menjadi teladan kepada semua umat Islam.

Kematian mulia, Ustazah Taslimah meninggal baca Al-Quran

meninggal baca al quran

Sebuah video ringkas Ustazah Hajah Taslimah, 65 tahun meninggal baca Al-Quran yang tular baru-baru ini di media sosial menyentap hati ramai pihak. Kejadian ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Masjid Al-Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid, Jakarta Selatan, Indonesia. Ketika kejadian itu berlaku, Ustazah Taslimah sedang membaca ayat 5 hingga 6 Surah Al-Baqarah.

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 5)

Suara Ustazah Taslimah kedengaran lemah apabila sampai pada ayat 6. Lantaran itu, dia yang sedang duduk terus terjatuh ke belakang sehingga menyebabkan jemaah wanita yang turut berada dalam majlis tahlil dan khatam Al-Quran berkenaan membantunya. Ramai yang terkejut sebelum masing-masing menyebut Astagfirullah berkali-kali.

“Meninggal pada pukul 7.30 pagi. Beliau sedang bertugas membaca khatam Al-Quran dan tahlil. Saat baca satu ayat Al-Quran, di situ suaranya mulai lemah tetapi terus berusaha untuk baca,” ulas Alwy Rasyid.

Ustazah Taslimah adalah ustazah yang bertugas dalam memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut selama ini. Arwah juga guru mengaji Al-Quran tetap di masjid berkenaan sejak 20 tahun lalu. Peribadinya tidak banyak bicara, bersopan santun, tawaduk, dan sangat disayangi ramai.

Tanda-tanda sakit sejak 6 pagi

innalillahi ustazah di tebet meninggal saat baca al quran 169

Berkata jemaah lain, Ustazah Taslimah sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini bahkan sejak pukul 6 pagi lagi sebelum majlis tahlil bermula. Pada awalnya, jemaah berfikir Ustazah Taslimah pengsan dan berusaha membawanya ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Kisah Ustazah Taslimah meninggal baca Al-Quran adalah kematian yang cukup indah kerana menghembuskan nafas terakhir dengan pengakhiran yang dicemburui ramai.

Kematian dalam kebaikan tidak datang sendiri

Mengulas Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muhammad Lukman Ibrahim berkata kematian dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) mestilah dicari dan diusahakan bagi setiap manusia. Manusia tidak kira tua, muda, miskin, kaya, muslim atau bukan pastinya akan meninggal dunia.

Mengimpikan kematian yang baik dan memperolehnya memberi tanda bahawa orang ini mendapat kebaikan di akhirat dan seterusnya menjadi ahli syurga. Meninggal dalam keadaan baik pastinya tidak akan datang sendiri, sebaliknya berdasarkan amalan sepanjang hayat seseorang Muslim itu.

meninggal baca al quran

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW ditanya mengenai ciri manusia bagaimana paling ramai masuk ke syurga, lalu Baginda menjawab orang paling banyak bertakwa kepada Allah SWT dan mempunyai akhlak baik.

Kelebihan orang sentiasa solat, kematiannya dianggap sangat hebat kerana ketika sedang mengerjakan ibadat itu dan membaca ayat Al-Quran. Sebagai seorang muslim, kita wajib berusaha untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Sumber: Dunia Masjid

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.