Connect with us

Pendidikan

Mendapat Keputusan Cemerlang Dengan Deretan A Dalam SPM Bukanlah Segala-Galanya, Kata Bapa Ini

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 20 11 21 23

Tidak semua ibu bapa berpendapat SPM bukan penentu kerana kata mereka walaupun penting anak-anak cemerlang dalam pelajaran bagi menjadi insan berguna, tetapi sikap dan sahsiah juga amat penting cemerlang untuk menjadi insan terpuji.

Seorang bapa berkongsi dengan begitu emosi di Facebook baru-baru ini setelah melihat media melaporkan anak-anak Malaysia mendapat keputusan cemerlang dengan deretan A dalam SPM. Si bapa menceritakan pengalamannya memperoleh anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

SPM Bukanlah Segala-Galanya

photo 2022 09 20 11 21 23

Hantaran bapa itu di Facebook, “Saya selalu menyalahkan anak ketiga kerana tidak menjadi seperti abang dan kakak dia yang mendapat semua A dalam SPM.”

“Anak sulung kini menjadi doktor dan kedua seorang jurutera, dan saya berasa malu kerana dia berakhir menjadi pekerja kilang. Tetapi saya tidak menjangkakan apabila saya sakit akibat strok, anak ketiga ini yang sanggup berhenti kerja dan pulang ke rumah untuk menjaga saya..”

Pada mulanya, oleh kerana salah seorang daripada tiga anak tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM telah membuatkan bapa ini menjadi sangat kecewa dan selalu membandingkannya dengan abang dan kakaknya.

“Saya membelanjakan ratusan ringgit setiap bulan untuk tuisyen, tetapi saya tidak nampak hasilnya. Tidak seperti abang dan kakaknya yang mendapat semua A dalam SPM,” tulisnya.

Setiap kali menyebut tentang pelajaran, bapa ini akan membandingkan anak ketiganya dengan berkata, “Kamu cuba lihat, abang dan kakak kamu semua mempunyai pekerjaan yang bagus, tetapi kamu seorang sahaja yang menjadi pekerja kilang dan memalukan keluarga.”

Bapa ini berkata dia sering mengatakan perkara tidak patut yang merendah-rendahkan anak ketiganya.

Kemudian dia berkata, “Masa cepat berlalu, dan saya ditakdirkan diserang angin ahmar dan isteri saya pula turut jatuh sakit jadi tidak dapat menjaga saya.”

Pada mulanya bapa ini menyangka anak sulungnya si doktor boleh menjaganya dengan baik, dan juga mengharapkan anak kedua untuk menjaganya dengan lebih baik.

Tidak pula diketahui, setiap seorang dengan kelayakan profesional itu mempunyai jadual yang sangat sibuk. Mereka hanya datang melawatnya sekali sekala, kemudian bergegas pulang, kerana kata mereka sangat sibuk dan tiada masa. Seorang bapa yang sedang sakit pasti sangat kecewa.

Tetapi tanpa disangka pada suatu hari, anak ketiga kembali dengan membawa beg besar, dan bapanya bertanya dengan pelik kenapa.

Anak ketiga memberi jawapan, “Saya telah berhenti kerja, saya akan kembali ke sini untuk menjaga ayah..”

Spontan membuatkan bapa ini menjadi sangat sebak dan terus hiba menangis.

Kata bapa ini, pada masa lalu, anak ketiga adalah anak yang paling mengecewakan, tetapi kini anak inilah yang sanggup berkorban menjaganya, menyebabkan dia berasa sangat bersalah.

Katanya, walaupun prestasi akademik anak ketiga itu kurang baik, namun dia mempunyai rasa tanggungjawab dan timbang rasa yang tinggi terhadap ibu bapanya.

Justeru, bapa ini menasihatkan ibu bapa hari ini supaya tidak kecewa dengan anak-anak yang tidak mencapai gred cemerlang dalam SPM. Gagal dalam peperiksaan bukanlah pengakhiran hidup dan keputusan cemerlang itu bukanlah segala-galanya.

Oleh itu, jangan membandingkan keputusan peperiksaan dan prestasi anak-anak anda. Sentiasa mendoakan dan memberkati mereka menurut kemampuan sendiri supaya pada masa hadapan anak-anak ini mampu menjadi insan berguna yang cemerlang bersama sikap terpuji.

Sumber:Era Baru

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU