Connect with us

Pendidikan

Masalah Penglihatan Bukan Penghalang Cemerlang Dalam SPM

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 10 03 11 30 09

Walaupun dilahirkan mempunyai masalah penglihatan namun ia bukan penghalang bagi Syeriefazrizan Norazman,18, untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Remaja dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran walaupun berdepan dengan masalah penglihatan berjaya membuktikan dirinya mampu berjaya seperti pelajar normal lain apabila memperoleh keputusan 1A+, 5A, 1B dalam peperiksaan SPM 2019.

Masalah Penglihatan Bukan Penghalang Cemerlang Dalam SPM

photo 2022 10 03 11 30 13

Anak kedua daripada empat beradik ini berkata, masalah rabun yang dialami sejak lahir itu menyebabkan dia berdepan kesukaran untuk melihat secara jelas dari jarak yang jauh.

Syeriefazrin yang bercita-cita menjadi seorang guru berkata, disebabkan ibunya dilahirkan sebagai seorang yang buta dan bapanya pula rabun, dia dan abangnya mempunyai masalah genetik yang sama.

Namun, masalah rabun dihadapi bukan halangan untuknya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Katanya, berada di asrama menyebabkan dia senang mengatur masa antara belajar dan beriadah pada waktu petang.

“Saya mengambil inspirasi daripada kejayaan orang kelainan upaya (OKU) lain. Saya lihat ramai guru yang macam saya bermasalah rabun, tapi mereka berjaya menjadi guru.

photo 2022 10 03 11 30 16

“Saya menjadikan OKU lain sebagai inspirasi. Ada yang lebih teruk daripada saya tapi masih boleh berjaya.

“Atas sebab itu saya berpegang kepada prinsip jika usaha luar biasa, pasti mendapat keputusan luar biasa,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2019, di SMK ST.Michael, di sini hari ini.

Menurutnya, dia ingin melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang guru.

Ibunya, Hamisa Basarah, 38, yang berasal dari Semporna berkata, beliau bangga melihat kejayaan yang dicapai oleh anaknya itu.

photo 2022 10 03 11 30 09

“Walau anak saya OKU macam saya tapi dia boleh mencapai kejayaan seperti budak lain dan saya berterima kasih kepada sekolah dan guru-guru yang membimbingnya,” katanya.

Beliau berkata, biarpun tidak seperti pelajar normal lain tapi anaknya itu pandai mengurus masa dan sentiasa berdikari.

“Harapan saya, kejayaan ini bukan sampai sini sahaja, saya mahu pencapaiannya lebih meningkat kerana saya mahu dia menjadi seorang OKU yang ada pencapaian baik supaya mampu hidup berdikari,” katanya.

Sumber:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU