AGAMA
Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ini Maksud Ayat Pada Kiswah Kaabah & Bagaimana Ia Dihasilkan?
Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ini Maksud Ayat Pada Kiswah Kaabah & Bagaimana Ia Dihasilkan?
Setiap tahun, ratusan ribu umat Islam dari pelbagai negara datang ke Mekah Al Mukaramah di Arab Saudi untuk menunaikan fardhu haji dan umrah. Kota penuh damai ini mempunyai tanda kiblat bagi setiap umat Islam iaitu kaabah. Namun masih ramai yang tidak tahu maksud kiswah kaabah dan bagaimana ia dihasilkan.
Apa itu kiswah?
Kiswah atauكسوة الكعبة (kiswat al-ka’bah) ialah kelambu kain dari selembar kain sutera hitam yang dilapisi dengan kain kapas putih serta sulaman emas ayat-ayat suci Al-Quran bagi menutupi binaan kaabah. Biasanya ia dilabuhkan tirainya sehinggalah menyentuh ke syazarwan (binaan tembok kecil yang terletak di bahagian dinding kaki kaabah).
Ia kemudian diikat pada kail-kail penyangkuk untuk mengukuhkan lagi kedudukannya. Setahun sekali, kain kiswah akan diganti pada setiap 9 Zulhijjah mengikut kalender Hijrah, iaitu ketika masuk musim haji.
Ciri-ciri kain kiswah
- Mempunyai berat lebih daripada 670 kilogram.
- Terdiri daripada 47 jalur kain. Setiap jalur mempunyai 101 cm lebar dan 14 cm panjang.
- Ada tiga baris teks mendatar pada sisi kiswah.
- Mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang disulam dengan sangat indah.
- Dibentuk dari pelbagai jenis kaligrafi.
- Disulam oleh 200 seniman dan pakar kaligrafi dari Arab Saudi dan warganegara lain.
- Berwarna hitam. Tetapi dulu warna kain kiswah pernah berubah mengikut zaman pemerintahan Islam. Semasa zaman Rasulullah SAW, baginda menutupi kaabah dengan kain Yaman berwarna putih dengan garis merah dan menukarnya dua kali setahun iaitu sebelum Ramadan dan semasa haji. Ketika zaman pemerintahan khalifah, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan, kiswah berwarna putih. Sebaliknya pada zaman Ibn al-Zubayr, kiswah berwarna merah. Kemudian Kerajaan Abbasiyah pula, kiswah berselang-seli berwarna merah dan putih. Khalifah al-Nassir telah menukarnya kepada warna hijau dan kemudian hitam sehingga ke hari ini.
- Menggunakan benang emas dan perak.
Siapa pakar kaligrafi yang melukis kiswah?
Individu yang bertanggungjawab sebagai pelukis rasmi kiswah kaabah adalah Mokhtar Alim Shaqdar. Beliau telah menggantikan pelukis terdahulu yang telah meninggal dunia pada usianya 90 tahun iaitu Abdulraheem Bokhari.
Bermula dengan menyertai Sekolah Kaligrafi Masjidil Haram pada tahun 1978 selama 2 tahun, Mokhtar ketika itu masih berada di tahun empat sekolah rendah. Kerana minat yang terlalu tinggi dalam seni kaligrafi itu, beliau telah mengikuti pengajian ijazah dalam pendidikan seni, memegang ijazah Master of Calligraphy, dan turut bekerja sebagai guru kaligrafi selama 20 tahun di beberapa tempat.
Namanya sudah tersenarai antara individu paling terkemuka dalam bidang kaligrafi Arab di Mekah. Terkenal dengan gelaran artis kaligrafi moden, Mokhtar memperkenalkan idea menggunakan komputer untuk mencetak kaligrafi.
Teknologi komputer telah membantu pembuatan ayat pada kiswah ini lebih mudah dan efektif. Dimana ia melalui beberapa fasa seperti:
- Teks ditulis dengan tangan di sekeping kertas.
- Teks diproses dalam sistem komputer oleh ahli grafik.
- Teks diproses dan dicetak pada kertas lut sinar.
- Templat dihasilkan dan digunakan.
- Templat dihantar ke bahagian sulaman untuk penyulam menjahit kain kiswah menggunakan benang emas dan perak.
Ini maksud kiswah kaabah yang perlu anda tahu
Semua orang mungkin tahu apa yang tertulis pada kain kiswah merupakan kaligrafi dalam bahawa arab yang mengandungi ayat yang sukar dibaca. Namun tidak ramai yang perasan ada tiga baris teks mendatar yang ditulis pada sisi kiswah.
Baris pertama, ia ditulis Ya Allah dengan dua nama Nya iaitu Ya Hannan, di sebelah kanan dan Ya Mannan, di sebelah kiri.
Hannan bermaksud “Pengasih kepada hamba”
Mannan bermaksud “Hebat dalam Pemberian”
Dalam baris kedua, anda akan melihat ayat syahadah, “La Illaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah” yang bermaksud, “Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad SAW adalah utusan Allah”
Dalam baris terakhir pula adalah pujian yang diberikan kepada Allah, “SubhanAllah hi Wabihamdi hi SubhanAllah hil azeem”, yang bermaksud, “Allah bebas dari segala jenis ketidaksempurnaan, dan semua pujian adalah untuk Allah. Allah bebas dari sebarang ketidaksempurnaan, Allah adalah yang terbesar.”
Begitu indah dan sempurna apa yang Allah SWT aturkan dalam kehidupan kita bagi seorang Islam. Semoga suatu hari nanti, ada rezeki kita untuk melihat sendiri keindahnya itu di bumi Mekah dan Madinah.
Sumber: The Islamic Information
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.