Pendidikan
Mak Ayah B40 Gigih Hantar Anak Ke IPTS Sebab Malu Masuk Kolej Kemahiran! Akhirnya Kerja Tak Dapat, Hutang Kena Bayar

Tiada istilah MISKIN alasan untuk gagal dalam kehidupan.Malah, ramai pelajar dalam kumpulan B40 berjaya keluar dari kepompong kemiskinan selepas melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Di laman Facebook, seorang pemuda tampil menegur sebilangan ibu bapa dalam kumpulan B40 yang mendaftarkan anak mereka ke kolej-kolej swasta sehingga ‘menjerut’ leher sendiri.
Mak Ayah B40 Gigih Hantar Anak Ke IPTS Sebab Malu Masuk Kolej Kemahiran
“Aku paling kesian dengan anak B40 yang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dia punya result ke laut. Nak masuk Kolej Komuniti malu sebab nampak bodoh sangat dengan kawan, lepas tu masuk kolej swasta yang tak ada nama.
“Ni semua punca daripada mak bapa yang dok paksa anak ambil diploma sedangkan Kolej Komuniti pun okay juga, tak pun Poly-Tech Mara yang yuran dia tak semahal IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) cap ayam ni,” tulis pemuda itu.
Kerja Tak Dapat, Hutang Kena Bayar
Menurut pelayar Facebook itu, nasib pelajar-pelajar itu bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan sahaja dibebani hutang pengajian, malah sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus.
“Lepas tu bila dah habis study mengeluh kena bayar hutang dengan jumlah yang banyak sampai terbeban, sijil pula tak laku sebab majikan ambil calon lain yang ada diploma dari kolej yang ternama.
“Jangan sebab mak bapa, korang merana kemudian hari nanti ya. Masuk Kolej Komuniti tak hina pun. Yang hina bila ambil pinjaman tak bayar sampai tak boleh travel luar negara. Geng kolej komuniti santai je melancong sana sini,” ujarnya lagi.
Posting yang dikongsi menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini mengundang pelbagai perdebatan netizen mengenai topik berkenaan.

foto dari salah seorang pelajar Kolej Komuniti Ledang ,mampu buka barbershop selepas menamatkan program internship
“Kolej cap sardin ni pun nak berniaga, dua kali dia bagi surat tawaran kat anak aku, padahal kualiti kolej diragui.
Tengoklah kolej dekat area mana. Memanglah budak-budak baru nak up (BBNU) ni gila nak pergi. Nak jadi orang bandar,” tulis beberapa netizen.
Selain itu, sebilangan graduan Kolej Komuniti turut berkongsi testimoni kejayaan mereka biarpun tidak berjaya melanjutkan pengajian ke universiti atau kolej terkemuka.
Malah, mereka turut memberi nasihat kepada golongan B40 agar berpijak di bumi nyata dan menurunkan ego untuk belajar di kolej-kolej kemahiran biasa demi masa depan lebih cerah.
“Aku punya nasihat kepada ibu bapa dan anak-anak, hantarlah anak korang masuk Insitut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Komuniti. Graduan-graduan mereka memang laku di pasaran kerja dan paling penting, ada mentaliti usahawan. Aku nak cakap lebih tak reti, tapi percayalah cakap aku. Memang untung siapa masuk IKM dan Kolej Komuniti ni.
“Aku dari keluarga B40. SPM aku ke laut, ngam-ngam masuk politeknik tapi course perkayuan. Buat pinjaman tapi sekarang dah habis bayar. Pengalaman kerja aku dari food industry ke furniture industry ke crane manufacturing industry dan sekarang electrification and railway system. Ya dulu aku bodoh tapi aku nak buktikan aku boleh berjaya. Yang penting niat nak belajar ada. Mungkin aku tak pandai dalam akedemik tapi tak semstinya gagal dalam hidup.
“Program Kolej Komuniti, Giat Mara ni bagus. Ajar kemahiran. Boleh proceed bisnes yang provide service once dah ada knowledge berkaitan. Bagus sangat,” tulis beberapa netizen.
Sumber :Mstar
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.