Pendidikan
Lokasi Sejarah Perαng Dunia Kedua (WWII) yang Paling Seram Di Asia

Lokasi Sejarah Perαng Dunia Kedua (WWII) yang Paling Seram Di Asia
Lokasi yang ada sejarah Perαng Dunia Kedua (WWII) yang menyeramkan. Antara nama tempat ialah Victoria Institution, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan sepanjang Jalan Bukit Bintang. Tetapi ia tidak dapat menyaingi lokasi tempat paling menyeramkan di Asia: Muzium Perαng Pulau Pinang di Batu Maung.
Menurut pengasas muzium ini, Johari Shafie, Muzium Perαng Pulau Pinang pada asalnya merupakan kubu pertahanan lama yang dibina British pada tahun 1930 dengan kos £40 juta. Bagi memastikan pembinaan kubu ini tidak diketahui sesiapa, tenaga buruhnya terdiri daripada banduan hukuman mati yang dibawa dari seluruh tanah jajahan mereka. Walaupun ia siap sembilan tahun kemudian, ia dianggap berbaloi kerana menawarkan pemandangan laut sekitar 320 darjah.

Rajah 1: Pengarah Muzium Perαng Pulau Pinang, Johari Shafie. Sumber: Zulaikha Zainuzman/Berita Harian
British berharap dengan kubu pertahanan baru ini, ia dapat melindungi Pulau Pinang dari asakan tentera Jepun. Ini kerana kubu ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti terowong rahsia dan bilik bawah tanah. Ia turut dilengkapi persenjataan canggih termasuk dua laras meriam berdiameter 15 inci, panjang 40 kaki dan berupaya menembak sejauh 36 kilometer.
Tetapi apa yang diharapkan mereka tidak kesampaian. Jepun melancarkan Blitzkrieg versi mereka di Asia Tenggara pada Disember 1941 dan berjaya menakluk Pulau Pinang pada 16 Disember 1941. Berbeza dengan Blitzkrieg versi sekutu mereka, Jerman ketika itu, Blitzkrieg Jepun menyaksikan mereka memanfaatkan basikal sebagai pengangkutan pilihan mereka.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kubu ini berperanan sebagai tempat soal siasat, penyeksaan dan hukuman mati. Ia juga turut berperanan sebagai tempat transit bagi mengangkut buruh paksa ke Thailand untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut. Pembinaan landasan dibuat bagi membuka jalan kepada matlamat Jepun seterusnya ketika itu: penaklukan Myanmar dan British Raj/India. Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian lantaran pengeboman bertubi-tubi pihak Bersekutu ke atas landasan berkenaan.

Rajah 2: Pengunjung melihat contoh mesingan anti-pesawat di atas sebuah bukit. Ia merupakan sebahagian daripada 20 unit mesingan yang dipamerkan dI Muzium Perαng Pulau Pinang. Sumber: Zulaikha Zainuzman/Berita Harian
Tambah Johari, kebanyakan tawanan perαng yang diproses di situ bukan saja dari Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Ada juga yang dibawa sejauh China dan Indo-China dengan kesemua tawanan dibawa secara berperingkat-peringkat. Mereka diproses mengikut ketinggian, jantina dan kepakaran. Jika tidak dihantar ke Thailand, ada juga dihantar ke jajahan takluk Jepun yang lain sebagai buruh paksa.
Bila ditanya lokasi paling menyeramkan sekitar muzium, beliau mengakui kebanyakan lokasi muzium sentiasa menawarkan cabaran menyeramkan kepada pelawat dan kakitangan muzium. Antara bangunan yang dikatakan membuatkan bulu roma meremang ialah bangunan penjana tenaga. Semasa pendudukan Jepun, ia ditukar peranan sebagai bilik penyeksaan tahanan. Justeru, jangan terkejut jika ada terhidu bau seakan minyak tanah bila berada di bangunan berkenaan.
Johari turut mendedahkan terowong bawah tanah kubu sedalam 100 kaki ini pada asalnya digunakan untuk menyimpan peluru dan senjata Jepun. Semasa era Jepun, banduan yang dihukum bunuh akan digantung sampai mati. Setelah tahanan disahkan mati, kepalanya akan dipenggal dengan badan mangsa jatuh ke dasar terowong. Kebiasaannya, kepala-kepala mayat tahanan yang tidak dituntut akan dibawa ke tempat tumpuan orang ramai sebagai amaran kepada sesiapa yang cuba mencabar hegemoni Jepun.
Penemuan jerangkap samar dan pengurusan sisa tulang tahanan dan tentera Jepun yang terbunuh di kubu berkenaan merupakan antara cabaran yang dihadapi Johari semasa menukarnya sebagai Muzium Perαng Pulau Pinang hari ini. Kerenah birokrasi juga turut menyukarkan usaha menukar kubu lama British itu sebagai muzium.
Tetapi pada 30 Jun 2002, Johari menghela nafas lega kerana diberi kebenaran membangun, membina dan mengurus sebuah muzium perαng di Pulau Pinang. Beliau menganggarkan kos keseluruhan pembangunan muzium berjumlah RM22 juta yang dibiayai syarikat miliknya dan keluarga.
Semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan, Johari menemui lebih 5,000 laras senapang milik tentera Jepun, senjata tajam dan kelongsong peluru. Ia turut membawa penemuan infrastruktur kubu seperti penjara, berek dan terowong bawah tanah. Bagi sisa tulang dipercayai milik tahanan dan askar Jepun yang dijumpai, ia ditanam di satu lokasi rahsia sebelum Muzium Perαng Pulau Pinang dibuka kepada orang ramai.

Rajah 3: Antara artifak yang dijumpai sekitar kawasan muzium sebelum dipamerkan kepada orang ramai. Sumber: Zulaikha Zainuzman/Berita Harian
Bohonglah tiada siapa ‘diganggu’ semasa melawat atau bekerja di muzium berkenaan. Cakaplah apa saja gangguan, kakitangan muzium dan Johari sudah rasa seperti siulan tanpa kelibat, ternampak imej lembaga bergambar dan terdengar suara-suara halus. Malah, beliau juga pernah melihat kelibat kelawar setinggi 10 meter semasa bermain paintball pada waktu malam. Tetapi semua itu tidak mematahkan keazamannya untuk terus menambahbaik dan memelihara muzium untuk tatapan generasi mendatang.
Disebabkan pengalaman menyeramkan ini, tidak hairanlah mengapa National Geographic menggelar muzium ini sebagai antara lokasi paling menyeramkan di Asia pada 2013. Malah, ia turut menjadi subjek satu episod dokumentari I Wouldn’t Go In There berkenaan kisah keperitan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun.
Keluarga
Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur
Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.
Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.
Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.
Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan
Asas komunikasi bermula di sini
Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.
Ciri perkembangan normal:
Senyum sebagai tindak balas
Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”
Senyap atau senyum apabila diajak bercakap
Mengenali suara ibu dan ayah
Tangisan berbeza mengikut keperluan
Tips rangsangan:
Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi
Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi
Usap dan sikat rambut sambil menyusu
Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian
Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi
Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu
Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan
Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri
Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.
Ciri perkembangan normal:
Ketawa dengan bunyi
“Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”
Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara
Memandang ke arah bunyi
Mengenali mainan berbunyi
Fokus kepada muzik
Tips rangsangan:
Kerap ketawa dan berbual bersama bayi
Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami
Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)
Panggil nama bayi dari arah berbeza
Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya
Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan
Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan
Dari bunyi ke perkataan pertama
Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.
Ciri perkembangan normal:
Meniru bunyi
Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)
Faham arahan mudah seperti “datang sini”
Mengenali objek biasa seperti botol susu
Bergerak ke arah bunyi
Menggabungkan vokal dan konsonan
Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”
Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:
Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap
Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan
Panjangkan sebutan suku kata
Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut
Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan
Bersihkan mulut bayi secara berkala
Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan
Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar
Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba
Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”
Elakkan bercakap pelat dengan anak
Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat
Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen
Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.
Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:
Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap
Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)
Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia
Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.
Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?
Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.
Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:
Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)
Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan
Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi
Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.
Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.
Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja
Pendidikan
Bukan Calang-Calang: Pelajar Fast Track SPM Ini Tembusi Tahap Tertinggi Hafazan Al-Quran

Sebak & Syukur — Pelajar Tahfiz Ini Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran
MALAYSIA – Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh, Haryz Irfan Wan Azrizul Azad, berjaya mencipta detik membanggakan apabila menamatkan Syahadah Ula, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam hafazan al-Quran di institusi tahfiz berkenaan.
Menerusi hantaran rasmi di akaun TikTok Maahad Tahfiz Al-Fateh, Haryz Irfan dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja kejayaan itu diumumkan, sambil menzahirkan rasa syukur atas penantian dan usaha panjang yang akhirnya membuahkan hasil.
Lebih manis, beliau menjadi pelajar ke-12 yang berjaya menamatkan Syahadah Ula, sekali gus menutup lembaran indah tahun 2025 dalam suasana penuh emosi, ditemani ibu bapa serta ahli keluarga di sisi.
Menurut Maahad Tahfiz Al-Fateh, Haryz Irfan memperoleh keputusan cemerlang Jayyid Jiddan dengan markah 93.28 peratus.
“Alhamdulillah, penantian dan usaha sejak jam 4.30 pagi telah berakhir pada jam 10.20 malam. Saudara Haryz Irfan bin Wan Azrizul Azad kini berjaya menamatkan Syahadah Ula, satu kejayaan besar buat dirinya serta hadiah buat ibu bapa dan para guru,” menurut kenyataan yang dikongsikan.
Difahamkan, pelajar Tingkatan Empat itu menjalani proses hafazan secara berperingkat dan berdisiplin sejak awal pengajian. Walaupun sedang mengikuti Program Fast Track SPM, kecintaannya terhadap kalam Allah tidak pernah pudar apabila tetap konsisten menghadiri kelas hafazan.
Apa Itu Syahadah Ula?
Menurut perkongsian Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid, Syahadah Hafazan al-Quran mempunyai tiga peringkat.
Peringkat tertinggi dikenali sebagai Syahadah Ula (Ulya), yang hanya boleh dicapai selepas pelajar melepasi dua peringkat terdahulu, iaitu Syahadah Thaniah dan Syahadah Thalisa.
Bagi Syahadah Thaniah, pelajar perlu menghafaz 15 juzuk al-Quran dalam tempoh satu hari, manakala Syahadah Thalisa memerlukan pelajar mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh tiga hari, dengan sasaran 10 juzuk sehari.
Sekiranya pelajar berjaya melepasi salah satu daripada tiga peringkat ini, barulah mereka layak dianugerahkan Syahadah Hafazan al-Quran.
Bukan Jalan Mudah
Untuk melengkapkan ketiga-tiga peringkat ini bukanlah perkara mudah. Ia menuntut disiplin tinggi, ketekunan luar biasa serta bimbingan rapi daripada guru al-Quran bagi memastikan hafazan benar-benar kukuh dan meresap ke dalam jiwa.
Kisah kejayaan Haryz Irfan ini sekali gus menjadi inspirasi bahawa dengan usaha, disiplin dan keikhlasan, tiada yang mustahil untuk dicapai.
Pendidikan
SPL KPM Dimansuh Tahun Depan, Guru Tarik Nafas Lega – Fadhlina

SPL KPM Dimansuh Tahun Depan, Guru Tarik Nafas Lega – Fadhlina
Berita yang lama ditunggu akhirnya tiba. Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPL KPM) akan dimansuhkan mulai tahun depan sebagai langkah mengurangkan beban tugas guru.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti pelbagai intervensi sebelum ini, termasuk kekurangan sistem sedia ada dan keperluan sebenar guru di sekolah. Menurut beliau, SPL KPM sering menjadi antara isu yang dibangkitkan warga pendidik kerana dianggap mengganggu fokus terhadap tugas hakiki di bilik darjah.
“Guru-guru mahu memberi tumpuan kepada pengajaran, bukan terikat dengan urusan yang membebankan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sekolah Baharu di SMKA Seberang Perai Tengah.
Sebelum ini, KPM telah mengumumkan penambahbaikan terhadap Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), dan pemansuhan SPL KPM dijangka memberi kesan lebih langsung kepada kebajikan guru. Fadhlina menegaskan setiap perkara yang boleh mengurangkan beban guru akan dipertimbangkan secara serius dan dilihat secara menyeluruh.
Dengan pemansuhan ini, KPM mahu guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada PdP, khususnya dalam menghadapi pelaksanaan Kurikulum 2026 dan persediaan ke arah 2027. Hasrat utama kementerian adalah mengembalikan fokus guru kepada pedagogi dan kemenjadian murid.
“In teachers we trust,” kata Fadhlina, sambil menegaskan kepercayaan besar KPM terhadap profesionalisme guru.
Untuk rekod, SPL KPM dilancarkan pada awal 2024 sebagai portal sehenti merekod latihan dan mata kredit CPD guru, namun kini dimansuhkan demi memastikan guru tidak terus dibebani urusan bukan pengajaran.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah





