Connect with us

Kisah

Lelaki Nikahi Isteri Di Hospital Sebelum Meninggal Dunia,Mahu Halalkan Hubungan

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

qa

Manusia hanya mampu merancang perjalanan kehidupannya.Sering memikirkan mahu hidup bahagia dengan pasangan hingga akhir hayat, mahu bahagiakan diri pasangan dengan kejutan-kejutan di hari istimewanya, mahu membesarkan anak zuriat penyambung kasih sayang serta berbagai lagi. Namun sekuat mana kita berimaginasi, takdir Allah sudah tertulis khususnya dalam soal urusan jodoh pertemuan serta kematian.

Pasti kisah dikongsikan oleh Baskoro Wicaksono Marto di akaun Tik Toknya mengundang sebak di hati. Amat jarang menjumpai lelaki yang sanggup bersama pasangan saat diuji dengan kesihatan yang teruk dan kekal setia hingga ke akhir hayat.

Nikahi Isteri Di Hospital Sebelum Meninggal Duniaphoto 2022 07 09 19 59 51

Dari perkongsiannya, dirinya berkongsi momen-momen bahagia apabila mengenali pasangannya, Anggun dan mereka melawati hari bahagia bersama. Namun saat pasangannya diuji dengan kesihatan yang serius Systemic Lupus Erythematosus (SLE) hingga doktor menjangkakan hayatnya tidak lama, Baskoro mengambil keputusan untuk menikahi pasangannya dan menghalalkan hubungan itu.

Jika ramai memilih masjid atau dewan indah melafazkan akad nikah tapi pasangan ini bernikah di wad sahaja dengan dihadiri oleh beberapa ahli keluarga. Selepas akad nikah, Baskoro mencium dahinya pasangannya.

photo 2022 07 09 20 00 09

Bahkan jelas dalam rasa sebak Anggun menangis dengan kesetiaan ditunjukkan oleh pasangan yang sah bergelar suaminya. Ternyata jodoh mereka tidak lama kerana Anggun dikhabarkan meninggal dunia beberapa hari selepas berlaku pendarahan pada bahagian perutnya.

Selepas isterinya selamat dikebumikan, Baskoro menulis “sampai jumpa di keabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah kamu tiada di bumi” yang mengundang rasa sebak. Catatnya lagi, dalam melewati hari-hari sendirinya, biarlah masa berjalan perlahan, aku masih dalam keadaan jauh cinta ketika dia pergi,” ungkapnya.

Besarnya kasih sayang yang dibina pasangan ini, sanggup bersedia walau menyedari masa tidak lama bersama di dunia.

photo 2022 07 09 19 59 59

Ya, tidak ramai lelaki yang bersedia menghadapi situasi sebegini namun wujud insan-insan berhati mulia. Jika ditakdirkan dirinya tidak berkahwin dan mereka bersama-sama masuk syurga, ya di syurgalah tempat mereka bertemu kelak.

Ini bersesuaian dengan hadith Dalam ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman:

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ

Maksudnya: Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka (Surah al-Ra’d: 23)

Sumber :Kashoorga

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU