Connect with us

Kisah

Lamaran Pemuda Arab, Doktor Wanita Terima Mas Kahwin RM300,000

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 07 20 07 58 12

Bertuah doktor wanita di Indonesia ini apabila menerima mas kahwin berjumlah RM300,000.Dr Dina Faradhillah Samsu, 25, dari Kecamatan Angata, Kabupaten, Sulawesi Tenggara, Indonesia menerima pinangan pemuda berasal dari Arab Saudi bernama Dr Ahmed Tariq Seid Ahmad Ali.

photo 2022 07 20 08 03 14

Menurut Tribunnews, pasangan itu adalah pegawai perubatan lulusan Fakulti Perubatan di Capital Medical University (MCU) Beijing, China.

Menurut bapa Dr Dina, Samsu, anak dan bakal menantunya menyulam cinta selama empat tahun sebelum bertunang.

Doktor Wanita Terima Mas Kahwin RM300,000

photo 2022 07 20 08 02 41

Demi cintanya, Dr Ahmed Tariq yang merupakan senior Dr Dina bersetuju memberikan mas kahwin sebanyak 1 juta bilion rupiah (RM300,000).

photo 2022 07 20 08 03 03

Samsu berkata, nilai mas kahwin anak perempuannya bukan 1.5 bilion rupiah seperti yang viral di media sosial tetapi hanya 1 bilion rupiah.

Pasangan berkenaan difahamkan akan disatukan pada Disember 2022.

photo 2022 07 20 07 59 19

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mas kahwin bermaksud sesuatu yang wajib diberikan kepada isteri disebabkan aqad nikah.

Seorang lelaki wajib menyerahkan mahar kepada wanita sebagai hadiah dan pemberian itu penuh kerelaaan hati.

photo 2022 07 20 08 02 48

Penetapan mas kahwin mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri. Antaranya termasuklah bagi menzahirkan kemuliaan kaum wanita dan sebagai lambang kesucian dan ketinggian wanita dalam Islam.

Ia sebagai tanda kesungguhan lelaki dalam membina hubungan dengan seseorang wanita.

Sumber :Sinar Plus

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU