Kisah
KWSP Lulus, Suami Isteri Bersyukur Baru Dapat Merasa Beli Kancil

“Seronok tengok muka budak kecik tu senyum lebar, senang je boleh naik kereta, tahniah puan,”
Sepasang suami isteri telah bersetuju untuk membeli sebuah kereta jenis Perodua Kancil menggunakan wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 baru-baru ini.
Berkongsi cerita, pengguna laman sosial, Atikah mendedahkan dia dan suami amat bersyukur, dengan kemudahan yang disediakan sebegini akhirnya mereka sekeluarga merasakan kenderaan berbumbung walaupun hanya seekor kancil.
Difahamkan, itu sudah cukup memberi makna besar kepada mereka sekeluarga kerana selama ini dia hanya bergantung kepada motosikal sahaja oleh milik suaminya untuk ke mana-mana sambil membawa dua anaknya.
“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP dan terus beli kereta.
“Saya budak dua tahun baru rasa ada kereta. Dulu ke mana-mana naik motor, bila anak nak menyusu mesti duduk tepi jalan nak ambil susu. dahulu,” katanya.
Menurut video yang dikongsikan Atikah itu, apa yang lebih memberi kepuasan kepada seorang ibu apabila melihat reaksi anak sulungnya yang begitu teruja apabila dihantar ke sekolah menaiki kereta.
“Hari ini mula menghantar anak ke sekolah menaiki kereta, cuma seronok melihat wajah anak sulung,” katanya.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu membaca kisahnya dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada keluarga kecil itu kerana akhirnya mampu memiliki kereta sendiri.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan kejayaan awak sekeluarga, rezeki dapat memiliki kereta, KWSP juga merupakan duit titik peluh selama ini, jadi, gunakanlah seperti ini untuk melihat hasil yang berpanjangan. ,” ulas Aliah.
Sumber:PortalMalaysia
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah