Kisah
Kisah Sedih Seorang Murid Ponteng Sekolah Kerana Tidak Mampu Bawa Hadiah Untuk Guru

Tanggal 16 Mei kebiasaannya akan menjadi satu hari yang cukup mengembirakan buat para guru kerana akan menerima bermacam-macam hadiah daripada anak murid mereka, bagaimanapun dalam keceriaan itu ada kisah sedih murid terpaksa ponteng sekolah kerana tidak mampu membawa hadiah untuk gurunya.
Pelajar ini menyembunyikan diri di sebuah masjid kerana malu untuk ke sekolah tanpa membawa hadiah untuk diberikan kepada guru sempena Hari Guru.
Kisah Sedih Seorang Murid Ponteng Sekolah Kerana Tidak Mampu Bawa Hadiah Untuk Guru
Pelajar yang sudah kehilangan ibu ini menjelaskan ayahnya tidak mempunyai duit untuk membelikan hadiah kerana waktu itu tengah bulan dan belum gaji.
Cikgu Abd Ghani Haron menceritakan bagaimana murid ini menceritakan perkara sebenar kepadanya.
Pagi semalam seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah. Semalam hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.
Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata, “Tak ada apa cikgu. “Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar, “Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal.
Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung,
“Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka? ”
Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh. Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata.
Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.
Baca lagi:Malaysiadateline
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah