Connect with us

Kisah

Kisah Kerana Rm1, Masa tu kecoh satu jabatan.

Published

on

Kisah Kerana Rm1 Masa tu kecoh satu jabatan.

Kisah Kerana Rm1, Masa tu kecoh satu jabatan.

KERANA RM 1 Masa tu kecoh satu jabatan , Aku dipanggil Ketua Jabatan . Katanya Ketua Jabatan menga muk.

Aku dah dapat jangkakan , Sebab aku dipanggil . Aku bersedia untuk terima segala tomahan yang bakal mendatang walaupun bakal menggugat karier aku sebagai seorang doktor .

“ Bos.. Pakcik kat luar tu bising bising dekat kaunter triage.. Macam mana ni ?” Tanya Lee Hudz Lee .. Medikal Asistan aku ..

“ Adoi dia bising apa ?” Tanya aku

“ Dia kata lama sangat menunggu ni ! , Boleh cepat sikit ke bos ?” Tanya Lee yang dah mula rimas duduk di kaunter pendaftaran “ Triage “ jabatan kecemasan ..

Masih jelas lagi dalam ingatan masa tu .. Aku sampai seawal pagi …
Kad pesakit atas meja dah ada 30 keping

Doktor kecema san 4 Orang di zon hijau .. Aku pun seperti biasa , Aku mulakan rawatan …

Tak sempat nak minum / Makan bekal yang dibawa.. Bukan apa , Takut nanti makin lama makin ramai …

Akhirnya bekal aku tu beku sejuk je dalam pantri tu …

Semakin aku merawat … Kad makin bertambah, Itu pun dah cukup memberi tekanan mental.

“ Kenapa 4 Orang je dekat zon hijau ” Arghhhhh” Aku mengeluh dalam hati

Bila dah ramai2 macam ni .. Memang susah nak fokus pada pesa kit ..

Belum lagi desakan pakcik di luar tu ..

Bila pesakit masuk ke jabatan kecema san , Aku perlu merawat mereka secara teliti .. Bukan sekadara konsultasi , Pemeriksaan , Ambil ujian da rah , ujian itu ini , Follow up keputusan ujian lagi , Bila keputusan dah keluar , Nak kena rancang pelan rawatan pulak .. Kalau perlu hantar ke subspesialiti yang lain , Aku kena call dan refer lagi …

Contoh aku rasa pesa kit ni wajib di hantar pada jabatan pembedahan .. Aku kena call dulu , Sebelum hantar pesa kit .. Itu satu hal

Lepas tu , Apa jadi ? Bergaduhla . Kami sama sama doktor pun selaly berga duh.

“ This patient belong to u !!”

“ Tak boleh ! Wad tengah penuh patient ni !”

Setiap kali referal , Mesti nak gaduh ..
Untuk kes aku , Aku tak boleh hantar pesakit balik rumah , Untuk doktor di wad pulak .. Wad dah penuh ?

Apa cara lain yang ?
Berga duh dengan doktor hospital lain pulak lah

Bukan senang nak handle seorang pesa kit … Hari hari aku kena hadap tekanan yang macam ni …

Apatah lagi pesa kit yang tunggu diluar berjam jam lama … Menambahkan lagi tekanan …

Masa aku tengah merawat seorang pesa kit wanita … Tiba tiba pintu aku dari luar dibuka …

“ Hoi ! Doktor .. Kau buat apa lama sangat tu ! Kau tau ramai orang dekat luar … Jangan terhegeh2 boleh tak ? “ Jerit seorang pakcik yang bengis

“ Saya tengah cuba lah ni pakcik .. Sabar la dulu .. Ni ha .. Pesa kit saya ni sa kit macam macam tempat ni .. Saya kena periksa semua dulu ..” Balas aku sambil melihat makcik yang sedang duduk disebelah

Makcik itu menggelengkan kepala

“ Yelah ! Tapi cepat lah sikit !! Dah sejam aku tunggu dekat luar ni … Bodoh punya doktor !!” Jerit pakcik tadi

Emosi aku dah mula kacau … Fokus aku dah lari …Mood aku memang dah kelaut masa tu, Aku rasa nak je letak pen .. Terus cau dari hospital ..

Tapi memandangkan .. Ini lah lumrah kerja aku … aku harungkan juga …  Kena ca ci ma ki tu dah biasa
Tapi setiap kali bekerja .. Kau di herdik macam ni .. Mana boleh tahan ?
Tak lama lepas tu ..

“ Bos pakcik tadi tu mengamuk la dekat luar ..” Balas Lee

“ Aduh !! Stress la aku macam ni … Aku serabut betul .. Kau tengok .. Kad banyak lagi .. Bersusun lagi tu macam tak tersentuh … Makin lama makin bertambah …arghhh !!” Kejap aku ikut kau sekali …” Balas aku .. sambil berjalan bersama Lee ke arah kaunter triage

Sambil aku menjenguk kawan kawan doktor aku yang sedang cuba bertungkus lumus mempercepatkan proses rawatan pesa kit …

aku berjalan keluar .. Aku tiba je di kaunter triage … Pakcik tadi mula datang ke arah aku

“ Hoi Dah sejam kau tau tak ? Aku Bayar tau ! Bukan tak bayar .. Jangan layan orang lain macam sampah boleh tak ? Kau ingat Free ??! Aku bayar tauu. Cepat sikit lah” Jerit pakcik tu berkali kali …

Netizen yang sedang menunggu semua menoleh ke arah kami .. Jeritan pakcik tadi yang agak kuat … Memang menarik perhatian ..

“ Pakcik tengok , Ramai orang di luar .. Mesti lah ambil masa sikit … Jangan buat kecoh macam ni .. Pakcik dah lambatkan lagi proses rawatan ..” Balas aku

“ Aku tak kira .. korang ni semua bodoh .. Kerja tak ada sistem .. Lembab nak mampus .. Dah la aku ni demam … Tak larat aku nak tunggu lama lama kau tau tak !!” AKU BAYAR OK !! Aku tak mintak ubat free !! Aku bayar !!” Herdik pakcik tu lagi

Aku dah mula hilang sabar masa tu .. Ikutkan hati nak je aku hempuk pakcik tu dekat depan tu …

Aku menyeluk saku ..  Aku ambil wang Rm 5 … “ Nah .. Ambik balik.. Ni Rm 5 … Cukup untuk datang lagi 4 Kali !
Tapi jangan buat bising lagi lepas ni “ Balas aku terus meluru masuk semula ke bilik rawatan

Masa tu , Hati memang dah panas membara… Fokus aku terus hilang , Berpeluh peluh .. Aku longgarkan tali leher .. Sambil aku bernafas lebih dalam berkali kali untuk cuba tenang …

Tak lama lepas tu ..

“ Ting “ Aku memicit butang panggilan untuk memanggil pesakit seterusnya .. Pintu aku dibuka ..

Mata aku terbeliak Pakcik tadi masuk Nombor giliran dia dah tiba … “ Aduh , Kenapa pesakit jenis macam ni je dapat kat aku ..” Bisik hati

Tapi tak apa lah , Aku cuba berlagak professional .. “ Duduk pakcik .. Dah sampai pun nombor giliran kan ..” Balas aku

Pakcik itu duduk dengan wajah yang bengis … Serba serbi tak kena

“ Aku demam ! , Aku nak ubat paling bagus ! “ Balas pakcik tu .. Dengan tona suara yang kasar .. Dan sedikit kuat

Kononnya nak tunjuk lah ego dia tu Makin lama aku makin meluat dengan pakcik ni, Yang tadinya aku cuba jadi professional, Malangnya pakcik ni sekali lagi memijak emosi aku

Aku diam tak berkata apa apa .. Kali ni aku bertekad .. Apa nak jadi .. jadi lah ..

“ Nah , Ambil slip ubat ni ..Pergi. farmasi ambik ..” Balas aku

“ Aik .. Terus kasi ubat je ? “ Tanya pakcik tadi yang mula pelik

“ aah .. Dah pergi ambik ubat ..Saya nak cepat ni .. Banyak pesakit dekat luar tu .. Nanti kang ada spisis macam pakcik ni dok buat bising lagi “ Balas aku

“ Mana boleh macam ni ! Kau kena periksa aku … Aku ni sakit .. Kalau kau tak periksa .. Macam mana kau nak tau aku sakit apa ? Sesuai ubat apa “ Jerit pakcik tu tadi sambil berdiri

“ Tadi pakcik kata demam , Saya kasi lah ubat demam .. Kata nak cepat .. So sekarang ni saya cepat tak ??” Tanya aku

Pakcik tu mula tunduk

“ Cara macam ni je boleh cepat .. Orang tak payah periksa , Tak payah tanya soalan … Senang ! Memang cepat kan ? Dah .. Pakcik pergi ambil ubat sekarang .. Pesakit lain nak masuk “ Balas aku sambil memicit butang panggilan

“ Ting !”  Pesakit lain mula masuk Pakcik tadi masih tercegat “ Dah , Keluarlah .. Saya nak rawat pesakit lain pula .” Balas aku

Pakcik tadi mula menggigil , Muka kemerah merahan … Dia keluar dari pintu , Hempas sekuat hati

“ Doktor bo doh macam ni pun ada “ ! sempat lagi dia herdik aku sekali lagi

Beberapa hari lepas tu , Aku dikenakan tindakan tarta tertib .. Aku terima , Kerana aku dah menjangkau kan perkara ini

Memang rekod aku dah buruk Tapi aku bertekad untuk terima kenyataan ini … Aku dikenakan tindakan …
Yang boleh menjejaskan karier aku sebagai doktor

Memang tak sepatutnya aku buat begitu .. Tapi. setiap hari , emosi kau bagaikan dipijak pijak .. Maruah kau diludah ludah .. Aku tak mengharapkan apa apa perlindungan dari jabatan kerajaan ..

Kerana aku tahu mereka tak hiraukan pun . Apa yang penting perlu beri servis yang baik .. kepada pesakit …Demi menjaga nama kementerian dan juga kestabilan politik ..

Aku yang dan rakan rakan lain yang bertungkus lumus dalam sektor awam ni .. Di herdik , Di maki macam mana pun Ramai yang tidak bercerita pengalaman mereka. Biar aku mewakili mereka ini semua untuk ceritakan kisah kami …

Boleh buat apa ? Hanya Pekakkan Telinga … Walaupun hati ni makin lama panas berdarah .

Dr Tommy Yazeed Shelby
Former Medical Officer
Jabatan Kecemasan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Kisah

“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Published

on

Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.

Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”

Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.

“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.

Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.

 Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dapat RM5 pun rezeki besar

Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.

“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”

Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.

559892881 794121526590583 4849861813037129326 n

“Saya lebih tenang kerja sendiri”

Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.

“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.

Warganet sebak, ramai mahu bantu

Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).

Continue Reading

Trending