Kisah
Kenang Jasa,Bekas Pelajar Berpakat Buat Kejutan Sempena Hari Persaraan Cikgunya Hadiahkan Sebuah Kereta

Guru ialah ibu bapa kita di sekolah.Sebagai anak didiknya, sudah pasti akan terdetik di hati untuk menghargai dan membalas jasa cikgu yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Impian itu sebenarnya boleh direalisasikan dengan adanya kesepakatan dan kerjasama bersama.
Seperti yang berlaku, seorang guru tidak menyangka perkhidmatannya selama 35 tahun sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) diberikan balasan sebuah kereta Perodua Aruz.
Bekas Pelajar Berpakat Buat Kejutan Sempena Hari Persaraan Cikgunya
Cikgu Ahmad Bidin, (58 tahun) diraikan dalam Majlis Seluhur Budi Kasih Abadi di sebuah hotel.
Menurutnya, kebiasaannya, majlis persaraan dianjurkan di sekolah namun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis yang turut membabitkan penglibatan bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar, ia diadakan di hotel.
“Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada (38 batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.
“Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka,” katanya.
Cikgu Ahmad berkata, sebaik sahaja hadir ke majlis berkenaan, dia tidak nampak langsung kenderaan tersebut di parkir pekarangan hotel tersebut dan ia diserahkan kepadanya semasa dia mahu pulang sambil diiringi Pengetua TKC, Roslina Abd. Aziz.
Kenang Jasa, Hadiahkan Sebuah Kereta
Menurutnya yang berasal dari Port Dickson, dia terkejut apabila diberikan hadiah berkenaan lebih-lebih lagi belum pernah dalam pengetahuannya guru bersara menerima hadiah sebuah kenderaan.
“Mungkin ada tapi saya tak tahu. Namun, saya masih terkejut. Apa pun perkhidmatan saya di sekolah ini sejak tahun 1986 sebenarnya banyak dibantu oleh pengetua-pengetua yang cemerlang, rakan sekerja yang juga cemerlang, dan pelajar yang sememangnya sudah bagus.
“Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan,” katanya.
Kesepakatan sekumpulan bekas pelajar sekolah itu yang mengumpul wang bagi menghadiahkan sebuah kenderaan kepada guru mereka itu mendapat pujian orang ramai.
Difahamkan para pelajar dari batch tahun 1980 sehingga 2021 itu telah membuat kutipan untuk membayar kereta tersebut secara sekaligus ‘lump sum’.
Jika dibuat anggaran harga kenderaan itu dengan jumlah pelajar daripada 38 batch itu, setiap pelajar hanya perlu mengeluarkan bajet sekitar tidak lebih dari RM30 ringgit sahaja.
Lebih menarik, nombor pendaftaran kereta tersebut juga membawa makna tersendiri di mana merupakan nama guru tersebut serta tahun beliau mula mengajar dan bersara.
Ramai yang berpendapat guru ini pasti banyak berjasa kepada bekas anak didiknya sehingga mendapat layanan yang begitu baik daripada mereka.
Salah seorang bekas pelajar turut menceritakan tentang jasa Cikgu Ahmad yang selalu membelikan barangan keperluan kepada murid-murid di asrama. Cara pengajarannya pun katanya menyeronokkan dan mudah faham.
Dikatakan, Cikgu Ahmad tetap setia berkhidmat pada Kolej Tunku Kurshiah malah menolak tawaran menjadi seorang Pengetua dan mengakhiri perkhidmatannya sebagai seorang Penolong Kanan Akademik di sekolah itu.
Tidak boleh bayangkan betapa besarnya jasa guru ini sehingga bekas pelajarnya sanggup kumpul duit sama-sama untuk belikan kereta sebagai hadiah persaraannya. Pastinya cikgu ini cukup istimewa di hati para pelajar.
Sumber :Info Kini
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah