Connect with us

Kisah

Kena Halau Dari Rumah Sewa Sebab Tak Mampu Bayar, Guru Beli ‘Rumah Lama’ Buat Keluarga Daif Berteduh

Published

on

“Jamban luar rumah. Terbuka macam tu je. Tak ada tutup langsung. Tak tahu hidup macam mana.”

seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ainie berkongsi satu kisah sedih mengenai kehidupan sebuah keluarga yang menetap di Sungai Petani, Kedah. Menurut Ainie, keluarga tersebut sangat daif sehingga ada seorang cikgu yang sudi membantu mereka.

I have a story to share. I dapat kes ni from seorang cikgu sekolah di Sungai Petani, Kedah. Keluarga ni sangat daif. Ada dua orang anak. Both anak tak sekolah. Bapa hanya berniaga dan ibu tak bekerja. Baru kena halau rumah sewa sebab tak mampu bayar.

Kena Halau Dari Rumah Sewa Sebab Tak Mampu Bayar

Menurut Ainie, pasangan yang daif itu mempunyai dua orang anak yang berusia 11 dan 13 tahun. Kedua-dua anak mereka tidak pandai mengira mahupun membaca. Sehingga satu tahap, seorang guru telah mencari dan menjejaki ayah mereka sehingga ke rumah. Terkejut melihat keadaan rumah yang didiami, guru tersebut mula memikirkan idea bagaimana hendak membantu keluarga ini.

Jamban luar rumah. Terbuka macam tu je. Tak ada tutup langsung. Tak tahu hidup macam mana. Setiap kali hujan, cikgu dia akan risau memikirkan bagaimana mereka tinggal rumah macam ni. Sedih tengok keadaan rumah, motor pun rosak. Cikgu dia cakap, bapanya meniaga ubat nyamuk, serangga dan berkaitan di pasar. Tapi sekarang tak termampu langsung.

So, cikgu ni ya Allah pemurah sangat. Dia beli satu rumah lama and buruk, tapi ok lah untuk family ni. Cikgu keluarkan duit sendiri untuk renovate rumah ni. Cikgu nak sewakan kepada mereka harga RM200, tapi tahu mereka ni memang takkan mampu. So Cikgu tak mengharap apa-apa.

Tambah Ainie, guru berkenaan telah membeli sebuah rumah lama dan melakukan ubah suai serba sedikit bagi memberi keselesaan buat keluarga tersebut. Sebagai sukarelawan, Ainie memberitahu bahawa pihaknya sudi bekerjasama dengan guru tersebut sekiranya keluarga berkenaan masih memerlukan bantuan.

Jadi, saya minta tiga benda daripada cikgu ni sebab I nak bantu dia. Pertama, pindahkan mereka secepat mungkin. Apa-apa keperluan untuk pindah dan barang rumah, kami akan bantu. Kalau motor tu boleh dibetulkan, betulkan. Kalau tidak beli motor baru supaya dapat si suami dapat berniaga. Jika ada keperluan lain untuk bantu keluarga ni teruskan hidup selain daripada keperluan barang dapur sahaja. Cikgu dah hantar slowly maklumat tu pada saya. Saya dalam proses nak cepatkan pemindahan wang tersebut.

Sumber:Oh Bulan

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!