AGAMA
Kelebihan Istighfar, 5 Peluang Allah Telah Beri Setiap Hari Di Dunia & Di Akhirat Supaya Manusia Boleh Bertaubat
Kelebihan Istighfar, 5 Peluang Allah Telah Beri Setiap Hari Di Dunia & Di Akhirat Supaya Manusia Boleh Bertaubat
Setiap hari, kita sebagai manusia tidak akan pernah lari dari melakukan dosa dan perbuatan yang keji. Sifat lemah seorang manusia pastinya tidak terhindar dari kesilapan demi kesilapan sama ada hari ini, masa lalu atau yang akan datang. Namun, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang, diberikan terus kesempatan bagi hamba Nya untuk kembali kepada landasan kebenaran berpaksikan Al-Quran dan Hadis agar hidupnya selamat dunia dan akhirat. Salah satu cara yang nampak mudah, tetapi berat dilakukan dan mempunyai banyak kelebihannya adalah istighfar. Artikel kali ini akan berkongsi kepada anda kelebihan istighfar yang tidak ramai orang tahu.
Kalau kita istighfar, adakah akan padam dosa kita walaupun kita masih melakukan dosa?
Dari kuliah ceramah Ustaz Azhar Idrus, soalan berkenaan dengan kelebihan istighfar sebagai penghapus dosa ini ada diutarakan ketika sesi soal jawab. Bezanya sedikit di sini, pendengar bertanya apakah status isyighfar kita sekiranya sudah bertaubat tetapi masih melakukan dosa.
Mengulas lanjut jawapan itu secara lengkap, Ustaz Azhar Idrus berkata,
Dalam dunia dan akhirat, ada lima cara menghilangkan dosa iaitu dua di dunia dan tiga lagi di akhirat. Allah jadikan orang beriman bukan untuk masuk neraka tetapi untuk masuk syurga. Dan akhirnya kita semua ini akan masuk ke dalam syurga.
Nabi kata dalam satu hadis semua umat aku, semua akan masuk syurga. Tetapi kita pasti ada melakukan benda-benda yang menghalanginya. Yang menghalang masuk syurga adalah dosa.
Maka diberi lima peluang iaitu dalam dunia ada dua dan di akhirat ada tiga. Maknanya kita ada dosa boleh “padam balik”. Dalam dunia ini ada dua yang pertama dipanggil taubat. Taubat itulah pemadam yang paling kental. Siapa yang taubat dari dosa maka dia kosong tiada dosa macam kanak-kanak baru lahir.
Kemudian yang kedua adalah melakukan perkara-perkara yang baik. Insha Allah, ia akan menghilangkan dosa-dosa di masa lalu. Jika dulu, kita banyak tengok perkara-perkara yang haram, pegang benda-benda yang haram, dan buat perkara-perkara yang haram. Hari ini, kita berubah pula banyak membaca Al-Quran, bersedekah, dan melakukan perbuatan baik yang lain.
“Ia menghilangkan dosa-dosa yang telah lalu.”
Sebab itulah di dunia ini buatlah taubat banyak-banyak, lazimkan diri istighfar dan selalu buat perkara yang baik. Kalau kita tidak sempat bertaubat sebab sibuk sangat di dunia, lalu kemudian mati maka bangunlah kita di padang mahsyar nanti dengan membawa dosa.
Di akhirat ada dua lagi peluang. Pertama, walaupun ada dosa dapat syafaat Nabi kerana Nabi ada syafaat memberi pertolongan. Orang yang patutnya masuk neraka tidak jadi masuk kerana ada syafaat Nabi.
Kalau tidak dapat syafaat Nabi, ada cara kedua iaitu dapat keampunan Allah. Allah ampunkan dia walaupun minum arak, walaupun jahat tetapi dia masih orang yang ada iman. Allah ampunkan dia tetapi hanya bagi mereka yang Allah pilih sahaja.
Inilah empat peluang, dua di dunia dan dua di akhirat. Kalau keempat-empat peluang ini kita tidak dapat, ada lagi satu peluang terakhir yang dipanggil kita kena bersihkan dosa itu dalam neraka. Tidak lama dalam 50 ribu tahun kena bakar, barulah masuk ke dalam syurga.
Jadi istighfar itu apa? Astaghfirullah (Ya Allah, aku minta Engkau hilangkanlah dosa aku ini). Makna ampun itu adalah hilangkan dosa aku ini.
Rasulullah pun yakin dengan kelebihan istighfar
Kita bukan malaikat dan nabi. Baginda yang maksum dan sudah dijamin syurga untuknya itu pun masih melafazkan istighfar 100 kali sehari.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Lafaz istighfar walaupun nampak pendek dan mudah tetapi ia mempunyai intipati tauhid rububiyah dna uluhiyyah yang sangat besar. Lafaz ini mengandungi pengakuan yang ikhlas dan tulus daripada seorang hamba yang menyesali akan dosa-dosanya dan meminta keampunan dari kesilapannya lalu.
Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang boleh bebas dari dosa kecuali Allah memberikan keampunan kepada dirinya. Dan kemenangan yang abadi itu adalah bila mana kita boleh masuk ke dalam syurga.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.