Connect with us

AGAMA

Bertuah Mereka Yang Lahir Dalam Islam, Namun Bagaimana Jika Iman Kepada Allah Dicabut Sebelum Meninggal Dunia?

Avatar of hannani juhari

Published

on

keimanan kepada allah

Bertuah Mereka Yang Lahir Dalam Islam, Namun Bagaimana Jika Keimanan Kepada Allah Dicabut Sebelum Meninggal Dunia?

Lahir dalam keluarga Islam dan beragama Islam adalah satu nikmat yang sangat besar setiap muslim. Walaupun pada asalnya semua manusia yang lahir ini dalam keadan fitrah (Islam), tetapi apabila mereka membesar, persekitaran akan mengubah dan mempengaruhi untuk membelakangi fitrah itu. Ini berdasarkan kepada hadis Sahih Muslim, “Setiap bayi yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani”. Namun begitu, lahir dalam Islam atau mereka yang memeluk Islam selepas lahir bukanlah jaminan untuk kekal keimanan kepada Allah.

Kekal keimanan kepada Allah dan diampunkan dosanya

keimanan kepada allah

Dalam Al-Quran, Allah SWT ada berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 8,

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا تُوْبُوْٓا اِلَى اللّٰهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًاۗ عَسٰى رَبُّكُمْ اَنْ يُّكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّاٰتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُۙ يَوْمَ لَا يُخْزِى اللّٰهُ النَّبِيَّ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَعَهٗۚ نُوْرُهُمْ يَسْعٰى بَيْنَ اَيْدِيْهِمْ وَبِاَيْمَانِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَآ اَتْمِمْ لَنَا نُوْرَنَا وَاغْفِرْ لَنَاۚ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Pengharapan seorang mukmin kepada Allah SWT tidak lain tidak bukan adalah untuk diampunkan segala dosa lalu, sekarang, dan akan datang yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Sesungguhnya manusia tidak akan terlepas dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Nya kerana itu kita digalakkan untuk beristighfar setiap hari agar diberikan keampunan dan kelembutan hati untuk tidak melanggar hukum Allah SWT.

Tidak tenang seorang mukmin sebelum Allah sempurnakan 2 perkara untuknya

Dikongsikan oleh seorang ulama berkata bahawa seorang mukmim tidak akan berasa tenang sehingglah Allah menyempurnakan dua perkara untuknya. Yang pertama, di dunia dan kedua di akhirat.

Yang dimaksudkan menyempurnakan perkara di dunia adalah mereka meninggal di atas agama Islam. Sesungguhnya tidak ada seorang pun orang soleh yang beriman dan bertakwa, yang tidak berasa takut dari sesuatu perkara kecuali rasa takutnya jika Islam dicabut dari diri sebelum meninggal dunia.

Ummul Mukminin, Ummu Salamah berkata: “Ketika dia tanya, “Apa doa Nabi SAW yang terbanyak, ketika beliau di rumahmu?”

Maka dia menjawab: “Beliau berdoa, “Ya Allah yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hatiku di atas agamamu.” – (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ini kerana barangsiapa yang meninggal di atas agama Islam, bertauhid kepada Allah dengan yakin, maka dia tidak akan kekal di neraka jika dia memasukinya.

keimanan kepada allah

Kasihnya Allah ketika hisab hamba Nya pada hari kiamat

Jika kita merasakan kasih sayang seorang ibu itu sangat besar kerana melalui keperitan demi keperitan untuk mengandungkan, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan anak-anak, maka sesungguhnya kasih sayang Allah itu berlipat kali ganda lagi kepada hamba-hamba Nya.

Di dunia manusia berbuat dosa, Allah menutup aib dosa itu. Al-Imam Ibn al-Jauzi menyatakan, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

Allah Maha Pengampun. Sungguh besar kasih sayang Allah kerana bukan sahaja telah memberikan kita kehidupan tetapi juga keampunan atas nikmat yang telah kita cemari dengan dosa.

keimanan kepada allah

Jika dibayangkan berapa banyak dosa kita ketika bersendirian? Sungguh banyak dosa mata, mulut, tangan, dan kaki ini ketika bersendirian. Tetapi adakah Allah membongkar keburukan kita? Tidak!

Ibnul Qayim berkata, “Allah menutup aib kita. Allah sebelum memanggil kita, Dia telah menutup dosa kita.”

Ibnul Qayim berkata lagi,” Allah menutup dosa kita, kemudian memanggil kita, kemudian mengampunkan dosa kita. Dan mengantikan dosa kita menjadi pahala.”

Begitulah sifat Allah yang Maha Pengasih. Andai sejuta kesilapan yang kita lakukan lalu kemudian kita tunduk dan kembali kepada Allah, sesungguhnya tiada yang mustahil untuk diampunkan dosa itu dengan izin Nya.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan orang menyucikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.