Kisah
“Kalau Ada Barang Hilang Kami Sekeluargalah Dituduh Mencuri”Alha Alfa Dedah Perit Hidup Miskin Selepas Hadiahkan Ibu Kereta MDituduh Mencuerc

Ramai yang tersentuh hati dengan kisah di sebalik kehidupan Abdul Al Halim atau lebih mesra dengan sapaan Alha Alfa itu yang sebenarnya melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke tahapnya hari ini.
“Bayangkan ayah saya hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan RM500 dan perlu menampung kami empat beradik… saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana ayah mampu melakukannya.
“Dipandang hina itu sudah biasa malah kalau bertandang ke rumah orang dan ada barang yang hilang kamilah sekeluarga menjadi mangsa dituduh mencuri.
“Apabila dikenang kembali memang sedih tetapi situasi itulah yang membuatkan saya nekad untuk berjaya dalam hidup agar dapat bantu keluarga dan tiada lagi yang menghina dan menuduh kami sebagai pencuri!,” katanya kepada mStar.
Kalau Ada Barang Hilang Kami Sekeluargalah Dituduh Mencuri
Ibu gadai gelang demi RM500
Bercerita mengenai hadiah kepada ibunya itu, Alha berkata, kereta mewah itu bukanlah seberapa berbanding pengorbanan yang pernah dilakukan sejak dia kecil.
Cerita Alha, ketika dia diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar pada 2007, ibunya sanggup menggadai gelang perkahwinannya demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaannya.
Katanya, hasil gadai gelang itu, ibunya memperoleh sekitar RM500 yang diberikan kepadanya untuk digunakan ketika masuk ke UiTM.
“Alha bawa sendiri ibu naik motosikal pergi ke kedai emas, masa itu Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya yang kalau boleh tak nak lihat ibu pajak gelang kesayangannya tetapi terpaksa.
“Sehingga sekarang saya rasa terkilan kerana ia satu-satunya pemberian ayah pada ibu masa mereka berkahwin tetapi itu juga harta terakhirnya untuk anaknya ini sambung belajar,” ujarnya.
Lebih malang kata Alha, sejak itu dia berhasrat untuk menebus kembali gelang berkenaan namun kedai tersebut sudah ditutup membuatkannya terkilan sehingga ke hari ini.
Malah kata Alha, bapanya juga banyak berkorban namun tidak pernah ditunjukkan kesusahan dan rasa sedih kepada mereka adik-beradik kerana ingin memastikan keperluan mereka semua terjaga.
Dipandang hina itu sudah biasa malah kalau bertandang ke rumah orang dan ada barang yang hilang kamilah sekeluarga menjadi mangsa dituduh mencuri.
ALHA ALFA
Usahawan/Jurusolek
“Dulu tiap kali nak raya satu benda saya ingat, ayah suka pakai baju Melayu yang sama dua tiga tahun, bila tanya kenapa tak beli katanya sayang baju elok lagi.
“Tapi saya pernah terdengar perbualannya dengan ibu dia tidak beli kerana tidak cukup duit dan mahu melihat anak-anaknya memakai baju baharu di pagi raya.
“Sejak itu saya berazam akan pastikan ayah pakai baju baharu setiap kali tibanya hari raya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada jenama sendiri,” ujarnya.
Sementara itu, Alha berkata, dia berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada peniaga atau usahawan baharu agar meletakkan ibu bapa di tangga teratas dalam apa jua dilakukan.
“Fikirkan mereka dahulu baru diri sendiri… Insya-Allah Allah mudahkan dan bagi semua. Kalau buat sesuatu yang susah dan rasa tak mungkin boleh buat, telefon mereka minta pendapat dan Insya-Allah ia dipermudahkan.
“Semangat ibu bapa ini sebenarnya adalah ‘tenaga’ yang Allah berikan kepada kita. Ingat isteri, suami, rakan, kekasih atau tunang bila-bila masa boleh tinggalkan kita tapi ibu bapa akan tetap berada di sisi walaupun ada masanya kita terlupakan mereka,” katanya.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.