Connect with us

Kisah

Jualan Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Umum Buka Kilang Kedua Sambal Nyet Di Kelantan

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 08 04 08 14 07 1

Dan seperti yang diketahui ramai, Khairul Aming juga ada menjual produk makanannya tersendiri iaitu Sambal Nyet yang sehingga ke hari ini menjadi rebutan orang ramai.

Mana taknya, setiap kali nak beli asyik sold out je dekat Shopee tu.

Khairul Aming Umum Buka Kilang Kedua Sambal Nyet Di Kelantan

photo 2022 08 04 07 58 33

Umum bakal buka kilang kedua di Kelantan
Terbaru, Khairul Aming ada membuat satu ciapan di Twitternya memaklumkan berita gembira mengenai perniagaan Sambal Nyet nya yang telah beroperasi selama setahun setengah.

Jualan Cecah RM14 Juta

photo 2022 08 04 07 58 41

Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi

Menerusi twitter itu, Khairul Aming memaklumkan bahawa sebanyak satu juta botol Sambal nyet telah terjual dan menjadikan jumlah jualan sambal yang digilai ramai itu mencecah RM14 juta                                                                                      photo 2022 08 04 08 00 07     photo 2022 08 04 08 00 00

twitter khairulaming

Kalau sebelum ini kita dapat jual 200 botol sambal sehari, sekarang Alhamdulillah kita dah boleh jual sebanyak 5,000 botol sambal sehari.

Dan team kita pun dah berkembang daripada lebih kurang 8 orang, sekarang dah naik ke 50 orang.

Bukan itu sahaja, Khairul turut memaklumkan berita gembira bahawa dia akan membuka satu lagi cawangan kilang Sambal Nyet yang akan dibuka di Kelantan.

photo 2022 08 04 08 04 13

Saya berbesar hati untuk memaklumkan, yang kita akan tambah lagi satu lagi kilang baru di Kota Bharu, Kelantan dan lagi besar dari kilang yang sebelum ini.

Bakal lancarkan produk kedua
Dalam pada itu, Khairul turut menyatakan bahawa kilang kedua yang bakal dibuka itu juga akan menjadi tempat persedian untuknya sebelum melancarkan produk keduanya namun, tidak didedahkan produk apa yang akan dilancarkan.

photo 2022 08 04 08 14 07 1

To grow further, kita akan tambah kilang kedua yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti

Sumber:Ohmedia

Tiktok Khairulaming

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU