Connect with us

Kisah

”Jiran Suka Melepak Kat Rumah Saya, Mandi Makan Kat Rumah Saya Buat Macam Rumah Dia Sendiri “

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 10 17 11 14 59

Salam. Sy penah cerita kan mengenai jiran sy yg suka duduk rumah sy dari pagi sampai kepetang. Kelmarin dia datang lagi dengan anak dia. Waktu tu sy dalam rumah. Dia pangil2 sy. Sy diam lansung tak bukak pintu. Xsampai 5minit die jerit woiii bukak pintu nih. Aku panas nih dok kat luar. Anak aku nak main dengan anak kau. Terkejut sy dalam rumah.

Die ketok pintu kuat2 suruh sy bukak gak pintu. Memang tak la sy bukak. Xlama lepas tu dia diam. Sy intai ikot tingkap dia jalan lengang lengok balik rumah dia.

Jiran Suka Melepak Kat Rumah Saya

photo 2022 10 17 11 14 59 1

Kelmarin sy ada tanya jiran2 lain mengenai dia. Sbab sy baru dok sini 4bln. jiran lain cakap memang perangai dia anak beranak suka dok rumah org 24jam.

Mak dia pon macam tu. Kalau pergi rumah org buat mcm rumah sendiri. Patutla dia dtg rumah sy dia buat air sendiri. terkangkang depan tv. Mandikan anak dia rumah sy. Bukak saji kat dapor. Kalau tengok ada makanan dia terus makan.

Waktu dia datang sy tak bukak pintu tu waktu pagi. Petang dia datang lg siap bawak adik2 dia lg 3org. Suruh pangil2 sy. Bising sangat .sy bukak tingkap terus jerkah .

Anak aku nak tidor nih tlg jgn bising kat sini . Dia terus cakap bukak lah pintu aku nak masuk nih . Anak aku nangis2 nak main ngn anak kau.Sy geram sgt sy cakap suami aku xbg dah org selalu dtg rumah aku.

Sebab byk kerja aku xsempat siap sebab anak aku xtidor. Blh plak dia cakap ehhh bila masa pulak laki kau marah. Selalu aku dtg laki kau diam jer. Memangla laki aku diam.

Tapi belakang kau dia potpet2 kat aku. Dia buat muka tak puas hati aku terus tutup tingkap. Dia tak reti nak balik dok memekak depan rumah aku dekat sejam gak. Dia ingat aku nk bukak pintu.

Petang tu laki aku balik. Dia nampak terus datang. Masa laki aku kat tempat kerja aku dah mesej dah awal2 cakap perempuan tu dtg wat bising lg. Masa dia datang depan rumah aku laki aku tanya ada ape ni datang rumah.

Sy xsuka waktu sy kerja org dtg rumah sy. Bini sy ada anak kecik. Tak boleh stress2. Nanti s4kit sy yang susah. Boleh pulak dia buat2 lembut lemah gemalai depan suami sy cakap dia bosan kat rumah.

Suami aku sound terus kalau bosan pergi mengaji bkn dtg umah org. Dia terus balik.Semalam dia dtg lg. Sbab dia nampak kitaorg nk keluar. Kitaorg nak keluar cari barang dapor kat pasaraya. Dhla pkai s3ksi.

Tnya kitaorg nk pi mana. Sy diam. Laki jer jawab nk kluar cr barang. Boleh dia cakap nk ikot. Suami terus cakap maafla kitaorg nk pi tempat lain lpas cr barang. Sy terus masuk kereta. Suami pn sama.

Dalam kereta suami membebel xbhenti marahkan sy sbab berkawan dengan dia. . Suami dah bagi amaran tak bagi sape2 masuk rumah lagi lepas ni. Kalau ade hal penting ngan jiran tlg sembang kat luar rumah.

Harap perempuan tu tak kacau lg rumah kami. Kalau tak memang suami nk report sbab dikira menggangu. Ramai juga yang ada masalah dengan jiran. Kebanyakan jiran suka buat hal sendiri je. Tidak boleh untuk hadap pelbagai masalah apabila hidup bermasyarat. Ini antara reaksi warga net mengenai perkongsian ini.

wei. Arw4h dah org tua tu.

Sumber:Media Portal

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU