Isu Tak Bagi Pegang Baby Di Hari Raya, Jangan Sakan Sangat nak Gomol-gomol Bayi orang lain.

Isu Tak Bagi Pegang Baby Di Hari Raya, Jangan Sakan Sangat nak Gomol-gomol Bayi orang lain.

Bila MyDoctor buat video menerangkan kenapa tak boleh sesuka hati cium, peluk apatah lagi gomol bayi orang lain, diharap ramailah yang makin faham. Mungkin makcik suka gomol2 ne pun boleh terkejut bila dimaklumkan yang kos hospital boleh cecah sampai RM12,000.

Jangan main-main..

serius rupanya isu ini. Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar pun turut mengulas tentang video tak boleh cium bayi orang lain sesuka hati. Ada 6 alasan yang mak ayah kena perhatikan. Moga anda yang membaca semakin jelas.

Isu Tak Bagi Pegang Baby Di Hari Raya

Kena faham kenapa tidak di galakkan kita sebagai saudara mara / rakan taulan, sakan menggomol cium kelek baby orang lain.

1) Untuk mengurangkan risiko jang kitan penya kit,

  • terutamanya jang kitan melalui udara ( hembusan nafas, air liur, batuk, bersin). Kena faham sistem imun baby masih belum matang.

2) Kita bersalaman dengan pelbagai orang di hari lebaran.

  • Adakah kita amal kan basuh tangan sebelum nak dukung pegang baby orang lain?

3) Selagi boleh, elak kan juga sesuka hati kita suapkan makanan

  • Selagi boleh, elak kan juga sesuka hati kita suapkan makanan ke dalam mulut baby / toddler. Suap ketupat la, kuih batang buruk la. Kena faham ada baby / toddler yang ada masalah seperti ecze ma, yang mana parentsnya kena betul betul jaga pemakanan anaknya. Misalnya perlu elak ayam, perlu elak telur. Kuih muih banyak yang bahan asasnya ada telur. Selain dari tu, baby kecik kita suap-suap dan tak beri perhatian (kalau), maka kalau tercekik?

4) Yang merokok, ataupun isteri kepada perokok.

  • Kalau badan anda kuat melekat asap rokok, tolong lah jangan transfer kan bau rokok ( dan toxic nya) pada baby orang lain.

5) Bukan nak jadi poyo / diva.

  • Orang lain pun ada baby/ ada toddler tapi kita beria-ia tak bagi orang pegang baby kita. Kena cari jalan berhemah untuk elak sedara mara kerumun baby kita / over mencium gomol. Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Betul ke peribahasa aku ni? Hahaha

6) Dari sudut pandang agama pula, kalau tengok baby / toddler yang comel.

  • Ingat, mula mula ucapkan pujian pada yang Mencipta baby tu ialah Allah. Ucapan seperti Subhanallah dan kemudian baru puji baby tu. Ini yang dianjurkan sebab bagai yang diajar oleh Nabi SAW, ini semua untuk elakkan penyakit β€˜ ain’. Penyakit β€˜ ain β€˜ ni sebab pandangan mata / pujian berlebihan yang tak dinisbahkan pujian tu pada Allah.

Sumber/Foto : Khairul Faizie Mohammad Kamar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*