Connect with us

INFO

Isteri Mengidam Nak Honda,Berapakah Gaji Minima Yang Diperlukan Untuk Memilikinya ?

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

1234er5

Bila tengok jiran,adik beradik dan rakan kerja dah pakai honda tiba-tiba rasa nak juga ada Honda,tapi sebenarnya berapa kadar gaji minima untuk memiliki honda City 2020 ni ?Gaji kerja manager lepas tak ?Jom kita lihat kiraanya.

Honda City 2020 telah dilancarkan pada tahun lepas bagi menggantikan generasi sebelumnya yang telah beransur sejak tahun 2014.Berbanding dengan Honda Civic, Honda City berharga lebih mampu milik.

Isteri Mengidam Nak Honda

6c818b4662274dbbb592955cc40f4f3a 800

Dengan itu, anda mungkin tertanya-tanya akan kemampuan untuk membiayai sebuah Honda City.

Berapakah gaji yang diperlukan?

Sebagai contoh, mari kita mulakan dengan Honda City 1.5 S. Dengan harga atas jalan sebanyak RM 74,191 tanpa insurans serta pengecualian SST sehingga 31 Disember 2020, bayaran bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM 740. Angka ini dikira berdasarkan kadar faedah 2.27 % melalui tempoh pinjaman 9 tahun.

8f0b506ccf71479ea045db77dd07257e 800
Anda mungkin pernah terbaca akan petua yang menggalakkan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20 % daripada gaji bulanan mereka. Dengan itu, anda harus mempunyai gaji bulanan sekurang-kurangnya RM 3,800.

Kos tambahan seperti harga insurans, penyelenggaraan, tayar, dan lain-lain pula sepatutnya tidak melebihi 30 % daripada gaji bulanan anda.

Walau apapun, bayaran yang diperlukan ini hanyalah untuk varian permulaan.
Untuk Honda City 1.5 V yang berharga RM 86,561 pula, bayaran bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM 870.

Dengan mengira faktor yang sama, anda harus bergajikan sekurang-kurangnya RM 4,500 sebulan sebelum membuat pembelian.Walau bagaimanapun, kadar faedah bank sentiasa berubah. Untuk itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan bank dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tawaran yang paling menarik.

Adakah tempoh pinjaman 9 tahun sesuai?

photo 2022 09 09 16 22 13

photo 2022 09 09 16 22 18

Untuk pengetahuan anda, kami tidak mengalakkan anda untuk mengambil pinjaman dengan jangka masa yang panjang sebegini. Hal ini berikutan kerana anda akan menanggung beban penurunan harga yang ketara setelah kereta berusia lebih dari 5 tahun.

Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk mengambil tempoh pinjaman 5 tahun kerana ia memberikan keseimbangan di antara jumlah faedah yang perlu dibayar dan purata penurunan harga.

Sebagai perbandingan, tempoh pinjaman 9 tahun untuk Honda City 1.5 S menghasilkan kadar faedah sebanyak RM 14,000 berbanding RM 7,500 sekiranya anda memilih tempoh pinjaman 5 tahun. Adakah anda mahu membayar faedah sebanyak itu?

Kos penyelenggaraan Honda City

Sumber :Wapcar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU