Connect with us

INFO

KOS SERVIS PERODUA ALZA 2022, SERENDAH RM 186.40 SAHAJA ?

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

swswe

Perodua Alza model 2022 ni memang nampak MPV sporty .Jom sambung baca.

Dengan mengambil kira kos hidup pada hari ini, adalah menjadi kebiasaan bagi kita mengambil pinjaman sehingga 9 tahun. Jadi kita perlu memastikan kereta baru ini tahan paling kurang 10 tahun. Bagi Perodua Alza, berikut ialah kos servis yang perlu ditanggung oleh bakal pembeli:

INI KOS SERVIS PERODUA ALZA 2022

2022 Perodua Alza D27A rendered with Myvi styling 1

1. 10,000km – ia merupakan servis pertama yang perlu dibuat samaada bila jarak perjalanan mencecah 10,000km atau 6 bulan pertama. Pemilik perlu menukar minyak enjin (RM 145.60), penapis minyak enjin (RM 11.90) dan Drain Plug Gasket (RM 28.90) menjadikan kos servis untuk kali pertama ialah RM 186.40

2. 20,000km / 40,000km – untuk servis kali ke dua dan empat, terdapat beberapa tambahan komponen yang perlu ditukar dan ditambah dari servis 10,000km seperti Cabin Filter (RM 33.50), Upah Buruh (RM 73.50) dan cukai SST (RM 4.41). Ini menjadikan kos servis meningkat kepada RM 297.81

3. 30,000km – ia merupakan servis berulang pada 50,000km, 70,000km dan 90,000km. Ketika ini ia sama sahaja seperti servis 10,000km kecuali anda perlu membayar kos upah buruh (RM 47.60) menjadikan kos keseluruhan RM 236.86

4. 40,000km – servis kali ke empat akan sama seperti servis ke 8 iaitu 80,000km dan servis yang semi major. Ketika ini Alza memerlukan penapis udara enjin baru (RM 53.80), minyak brek (RM 28.00), Cabin Filter (RM 33.50), upah buruh (RM 91.70) dan cukai SST (RM 5.50). Ini menjadikan kos keseluruhan ialah RM 398.90

5. 100,000km – untuk servis ke 10, ia merupakan servis paling sekali kerana Alza memerlukan penggantian komponen tambahan lain. Ini termasuklah cecair minyak D-CVT (RM97.50), gasket D-CVT (RM 3.80), set palam pencucuh baru (RM 220.40), cabin filter (RM 33.50), upah buruh (RM 86.80) dan cukai SST ( RM5.21)

image rm 7 5k separates the mid and top spec 2022 perodua alza should you pay rm 75 5k for the 1 5 av 166123722087335

Ketika ini anda perlu membayar RM 633.61 bagi servis paling major iaitu setiap 100,000km

6. Kos ini tidak termasuk kos penjajaran dan imbangan tayar serta komponen gantian lain seperti pelapik brek. Bagi tayar bersaiz 196/60 R16pula, ia perlu diganti pada jarak pemanduan antara 30,000-40,000km. Bergantung pada jenama, kos sebiji tayar ialah sekitar RM 200-300 per unit

Varian X ia menggunakan tayar yang lebih kecil iaitu 185/65 R15, jadi anda boleh jangkakan tayar varian X adalah lebih murah dan mesra poket.

Berdasarkan harga servis yang dipamerkan oleh laman sesawang Perodua harga servis Alza masih lagi kompetitif dan mesra poket. Jadi tidak hairanlah sehingga pada hari ini, 30,000 unit Alza sudah ditempah.

Sumber :Mekanika

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU