INFO
Ini Jam Tangan Disarung TMJ Ketika Final Piala FA, Dianggarkan Berharga RM440,382

Sabtu lalu kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) ke atas Terengganu FC telah menjadi meraih perhatian ramai. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut dihadiri oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang menggayakan fesyen cukup ‘subtle‘ — baju t-shirt dan seluar berwarna hitam serta kasut dan jam tangan berwarna putih.
Ini Jam Tangan Disarung TMJ Ketika Final Piala FA
Akaun Instagram @insaneluxurylife, yang fokus pada jam tangan mewah dipakai individu-individu ternama seluruh dunia telah berkongsi info lanjut mengenai jam tangan yang dipakai oleh baginda pada malam itu.
Menerusi perkongsian laman Instagram itu, jam tangan tersebut merupakan model AET Remould Daytona ‘Johor Edition’ yang direka khas istimewa untuk Kerabat Diraja Johor sahaja.
https://www.instagram.com/p/CiZ-AJkowY6/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Difahamkan jam tangan mewah itu menggunakan model asal Rolex Cosmograph Daytona. Bagi jam ‘special custom order‘ ini, kerangka jam itu diperbuat menggunakan bahan jenis sapphire crystal, salah satu bahan yang paling sukar untuk dibentuk. Pada bahagian dial pula mempunyai rekaan bendera Johor yang berwarna putih, merah dan biru.
Menerusi perkongsian @insaneluxurylife lagi, harga untuk sebuah jam itu dianggarkan USD97,700 atau mengikut pertukaran mata wang Malaysia ketika ini lebih kurang RM440,382.
Pun begitu, sebelum ini ada netizen pernah membuat spekulasi harga jam tangan itu dianggarkan mencecah lebih USD128,000 (RM576,960).
Untuk makluman, AET Remould merupakan sebuah syarikat independent yang pakar dalam menyediakan perkhidmatan kustom jam tangan mewah.
Mereka turut menghasilkan sebuah model untuk JDT FC pada bulan Jun lalu, dalam kuantiti terhad, hanya 5 unit sahaja di seluruh dunia.
AET Remould Johor Darul Ta’zim FC juga mempunyai kerangka diperbuat daripada sapphire crystal, dail itu menggabungkan lambang kelab, kepala harimau dan logo pasukan di sudut kanan bawah serta tiga pilihan warna straps iaitu putih, merah dan biru — seunit jam ini berharga sekitar USD97,700 atau RM440,382 sahaja.
Sumber :Vocket
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.