Kisah
Ikan (Yoriko) Tetap Setia Menanti Kedatangan Lelaki Ini Di Dasar Laut, Bermula dengan membantu menyuapkan ikan yang cedera ini makan, hubungan keduanya menjadi akrab walau sudah hampir 30 tahun

Ikan (Yoriko) Tetap Setia Menanti Kedatangan Lelaki Ini Di Dasar Laut, Bermula dengan membantu menyuapkan ikan yang cedera ini makan, hubungan keduanya menjadi akrab walau sudah hampir 30 tahun
Kisah persahabatan dengan haiwan dalam air seperti ikan sangat jarang kedengaran. Beberapa tahun lalu, pernah tersebar kisah seorang lelaki Jepun bernama Hiroyuki Arakawa yang bersahabat dengan ikan sejak hampir 30 tahun yang lalu. Malah, dia memanggil sahabat ikannya itu dengan nama Yoriko.
Yoriko merupakan seekor ikan dari spesies Asian sheepshead wrasse, berwarna kelabu kemerah-merahan, berbibir tebal, mempunyai struktur rahang yang unik serta memiliki bonjol besar di dahi.
Saiz paling besar pernah dicatatkan untuk spesies ini sekitar 15 kilogram dengan panjang mencapai 100 sentimeter. Populasi ikan seumpama Yoriko ini banyak mendiami kawasan terumbu batu karang di sekitar negara Korea, China, Jepun dan kepulauan Ogasawara.
Hiroyuki bersama sahabat ikannya bernama Yoriko.
Yoriko merupakan spesies ikan yang boleh ditemui di perairan China, Korea dan Jepun. Hiroyuki menemui ikan itu hampir 30 puluh tahun yang lalu. Mereka sering bertemu di tempat yang sama di Teluk Tateyama di Prefektur Chiba, Jepun. Teluk Tateyama terkenal dengan keunikan tersendiri kerana di bawah dasar lautnya terbina sebuah kuil dinamakan kuil Shinto.
Orang Jepun menganggap kuil tersebut sebagai tempat suci dan terlalu istimewa kerana di dalamnya tersimpan sejarah dan kuasa spiritual. Kuil Shinto tidak seperti kuil-kuil lainnya kerana ia hanya boleh diakses dengan cara menyelam. Para penyelam harus memakai tangki oksigen, cermin mata dan peralatan skuba.
Kuil yang terletak di dasar laut ini juga ada penjaganya. Orang yang menjaganya ialah Hiroyuki, orang yang dipertanggungjawabkan mengawasi kuil tersebut, sekali gus bertindak sebagai pemandu pelancong khususnya bagi mereka yang ingin melawat tempat itu.
Namun, kisah persahabatan Hiroyuki dengan ikan bernama Yoriko itu dikatakan telah mengatasi populariti kuil lama di dasar laut tersebut. Sejak cerita mereka tersebar, kedua-dua sahabat ini sering disebut-sebut dan menjadi daya penarik pelancong. Boleh dikatakan, kedatangan pengunjung ke sini bukan kerana semata-mata ingin melihat kuil tetapi mahu menyaksikan gelagat kedua-dua sahabat itu.
Persahabatan Hiroyuki dengan Yoriko lebih popular berbanding kisah kuil di dasar laut itu.
Bagaimana persahabatan antara mereka boleh terjalin? Sebagai petugas yang menjaga kuil itu sejak berpuluh tahun lalu, Hiroyuki sering menyelam ke dasar laut. Suatu ketika, dia perasan akan seekor ikan yang bahagian mulutnya cedera.
Kecederaan yang dialami ikan itu agak t3ruk sehingga tidak mampu untuk menangkap makanannya. Kasihan melihat ikan itu, Hiroyuki telah menyuapkan makanan yang berupa ketam yang telah dihancurkan ke mulut ikan itu. Selama 10 hari berturut-turut Hiroyuki turun ke laut hanya untuk memberi ikan itu makan, sehinggalah ikan itu kembali sihat dan mampu menangkap makanannya sendiri.
Sejak itu, hubungan mereka menjadi rapat. Setiap kali Hiroyuki menyelam ke situ, ikan tersebut akan muncul seolah-olah sudah amat mengenali sahabatnya itu. Walau sudah hampir tiga dekad berlalu, hubungan mereka berdua masih terus akrab sehingga sekarang.
Bermula dengan membantu menyuapkan ikan yang cedera ini makan, hubungan keduanya menjadi akrab walau sudah hampir 30 tahun. Kini, Hiroyuki bukan sekadar membawa pengunjung menyelam ke dasar laut itu, tetapi turut untuk berjumpa ikan yang dinamakannya Yoriko itu.
Untuk memanggil sahabat ikannya itu, Hiroyuki akan mengetuk-getuk batang besi. Ia bagaikan petanda bahawa Hiroyuki datang ke situ. Sebaik mendengar bunyi itu, tidak lama kemudian Yoriko akan muncul. Ikan itu akan terus berenang mendekati Hiroyuki.
Aksi mereka berdua tidak ubah seperti sahabat karib. Mesra dan terlalu dekat. Malah, ikan itu tidak mahu menjauh dan hanya ingin berenang di sekitar Hiroyuki. Walaupun ketika itu ada penyelam lain, Yoriko dilihat hanya mahu bersama Hiroyuki sahaja.
Selalunya Hiroyuki yang sudah berusia hampir 80 tahun akan meluangkan masa beberapa minit, bermain dan sesekali mencium Yoriko, malah sempat berswafoto dengan sahabat ikannya itu. Itulah aktiviti biasa setiap kali mereka berjumpa.
Bagaimana ikan itu dengan mudah mendekati Hiroyuki, padahal ikan selalunya akan menjauh daripada manusia apabila didekati. Aksi Yoriko juga seperti sangat mengenali Hiroyuki, sahabat yang semakin dimamah usia dan tidak semuda seperti dikenalinya hampir 30 tahun lalu.
Malah setiap kali menyelam, Hiroyuki tidak menunjukkan keseluruhan wajahnya, hanya melihat menerusi penutup mata. Tapi ikan itu mampu mengenali yang mana satu Hiroyuki, walaupun ketika itu terdapat penyelam lain bersama mereka. Dan Yoriko tidak pernah silap untuk mengecam sahabatnya itu.
Persahabatan Hiroyuki dan Yoriko turut dikaji oleh sebahagian ilmuwan untuk mencari jawapan sama ada haiwan boleh berfikir dan merasa seperti manusia. Hasilnya, muncul dua pendapat yang bercanggah. Sebahagian saintis berpendapat bahawa haiwan tidak boleh disamakan dengan manusia terutama dari segi keupayaan berfikir dan memiliki emosi.
Sebagai contoh, ikan. Haiwan ini lazimnya berwajah kosong dan kaku. Reaksi yang terhad itu sebenarnya dipengaruhi oleh saiz otak ‘mereka’ yang sangat kecil sehinggakan tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir dan beremosi. Sekalipun kadang-kadang terlihat ia menunjukkan reaksi, itu berkemungkinan hanya dicetuskan oleh tindakan refleks yang terkawal.
Pendapat itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh sebahagian lagi pengkaji. Bagi mereka, walaupun otak ikan berbeza daripada mamalia, itu tidak bermakna haiwan tersebut tidak memiliki emosi dan perasaan. Kerana pada asasnya, makhluk ini turut memiliki struktur otak yang berasal daripada evolusi sama seperti bahagian-bahagian otak mamalia lainnya termasuklah dalam menjana emosi (amygdala) dan menyokong pembelajaran (hippocampus).
Sumber: utusantv
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.