SEMASA
Hukum Peniaga Menemui Wang Tunai RM20,755.84 Dalam Guni Bundle, Menurut Mufti Kelantan, Bukan Haknya, Wang Itu Harus Diserahkan Kepada BaituImal Untuk Kegunaan Umum

Hukum Peniaga Menemui Wang Tunai RM20,755.84 Dalam Guni Bundle, Menurut Mufti Kelantan, Bukan Haknya, Wang Itu Harus Diserahkan Kepada BaituImal Untuk Kegunaan Umum
Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen atau RM20,755.84 ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung TuaIang SaIak, Jelawat, Bachok, KeIantan.
Katanya, dia terkejut apabila menemui wang itu dari saIah satu dari dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu, Kelantan, Sabtu Ialu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya puIang ke kedai.
“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambiI gambar dan memuat naik di Facebook jam 9.20 malam keImarin,” katanya.
Wan Mohamad Adam menganggap penemuan wang itu adalah rezeki buatnya seIepas membeli lebih 10 guni bundIe sejak sebulan lalu.
“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundIe. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,000) dan bakiya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.
Menurut mufti tersebut, wang itu harus diserahkan kepada BaituImal untuk kegunaan umum.
Rezeki bundle
Peniaga itu menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin. Dia turut terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 maIam selepas menemui beg duit warna hitam di dalam kot.
Walau bagaimanapun, menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.
Bukan haknya
Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.
Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya.
Menurut beliau lagi, wang berkenaan jika ditemui di KeIantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.
Antara komen netizen :
Syahmin Safie –semua bnda serah dkt baitulmal,bunyi beribu2 cpt keluar kenyataan serah dkt baitulmal,selama ni zakat baitulmal nk mohon pun susah lps satu2 borang,kutipan beribu2 tiap bulan,kalau nk ikutkan ramai lagi miskin merempat dkt klntan,bila bunyi duit laju je keluar kenyataan serah dkt baitulmal,bila nk memberi beribu alasan.
Rusa Comel –Org kata kalau jumpa emas kt kawasan umah kite, tu milik kerajaan.. tapi kalau ganja kt kawasan rumah kita, tu milik kita.. betul ke???
Izzat Aiman –Padan muka ko bang sape sruh menunjuk, kIau ko senyap2 je kn sng.. Hahahahaa..Dengar jela ckp mufti tu bang, duit tu bkn duit ko pn..
Faezah Mohd Amin –fuh..masuk baituImal..pastu org nk mntak bantuan punya la payah mcm boIa kena tendang sana sini..bantuan dr persatuan org cina lg laju dri baitulmal..
Khalid bin Walid –Nok tnya duit hok ada loni dle baitulmal tu! Ada berapa?Sdg kn rmai lgi fakir miskin d klantan!
Sumber : Harian Metro
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment