Connect with us

Jawatan Kosong

Hujan Aneh Ini Menurunkan Benda-Benda Pelik Seperti Ikan, Katak, Ketam Dan Buaya Yang ‘Jatuh’ Dari Langit. Bagaimana Fenomena Hujan Aneh Ini Boleh Terjadi?

Avatar of kidin

Published

on

gaivwsfduhbh

Hujan Aneh Ini Menurunkan Benda-Benda Pelik Seperti Ikan, Katak, Ketam Dan Buaya Yang ‘Jatuh’ Dari Langit. Bagaimana Fenomena Hujan Aneh Ini Boleh Terjadi?

Hujan adalah titisan air yang jatuh dari langit, terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Tetapi, bagaimana jika yang jatuh itu bukan titisan air? Pada tahun 1881, ribut petir di Worcester, England telah membawa hujan yang menurunkan bertan-tan ekor ketam.

Pada tahun 2000 ketika musim panas di Ethiopia, akhbar tempatan melaporkan satu berita yang agak aneh. Fenomena hujan ikan telah berlaku yang menyebabkan bertan-tan ikan turun daripada langit. Kejadian tersebut telah menimbulkan rasa p4nik di kalangan penduduk.

Sementara itu pada tahun 1901 di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat, penduduk berlindung di dalam rumah masing-masing selepas melihat langit bertukar menjadi warna hijau. Ia diikuti bunyi yang men4kutkan apabila bumbung dan rumah mereka seperti dih3ntam oleh sesuatu yang k3ras. Selepas keadaan kembali reda, kawasan di kampung mereka dipenuhi dengan beribu-ribu ekor katak.

Saksi memberitahu, binatang-binatang tersebut ada yang masih hidup. Ia menunjukkan reaksi seperti terkejut, tetapi kembali normal selepas beberapa ketika. Ada juga yang telah m4ti, malah sesetengahnya masih terbungkus oleh lapisan ais.

Bagaimana fenomena hujan aneh ini boleh terjadi?

h4 1024x713 1

Andre-Marie Ampere dari Perancis adalah saintis pertama yang telah mengeluarkan hipotesis mengenai fenomena ini. Beliau yang juga merupakan ahli fizik menyatakan, katak biasanya akan mengembara dari sebuah daerah ke daerah yang lain dalam jumlah kawanan yang besar.

Beliau mengeluarkan teori bahawa faktor utama yang menyebabkan hujan katak itu berlaku kerana pu.kulan angin ribut yang membawa sekawanan haiwan tersebut ke tempat lain yang lebih jauh. Walaupun teori tersebut boleh diterima pakai, tetapi hanya menerangkan perihal hujan katak. Bagaimana pula dengan kejadian hujan membabitkan haiwan lain?

h1 1024x683 1

Secara teori, ia adalah disebabkan oleh pusaran angin yang membentuk waterspout (sengkayan). Orang kita turut menggelar sengkayan ini sebagai ‘belalai air’. Ia berupa satu pusaran turus yang kelihatan seperti corong awan.

Sengkayan atau juga disebut belalai air

Teori ini menjelaskan, pusaran angin yang membentuk waterspout mampu untuk mengangkat haiwan-haiwan dalam ketinggian yang relatif, dan membawanya ke tempat yang jauh. Pusaran tersebut juga membolehkan objek-objek di dalamnya jatuh dalam mode yang tertumpu di sesuatu kawasan sahaja.

Teori tersebut disokong oleh jenis haiwan yang biasanya terlibat dalam fenomena hujan ini yang ciri-cirinya kecil, ringan dan mempunyai kaitan dengan hidupan marin. Perkara tersebut dikukuhkan lagi dengan fakta bahawa angin kencang akan berlaku terlebih dahulu sebelum fenomena hujan ini terjadi.

Namun, teori ini masih tidak mampu menjelaskan kenapa hanya satu spesies haiwan saja yang terlibat dalam fenomena hujan haiwan yang berlaku di seluruh dunia. Bagaimana pula hendak dijelaskan kejadian pada tahun 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit di kawasan ladang milik J. L Smith’s di selatan Carolina. Buaya tersebut tidak mengalami sebarang kec3deraan, malah merangkak menuju ke sungai berhampiran.

Begitu juga dengan peristiwa pada tahun 1940, apabila wilayah Meschera di Rusia dihujani dengan hampir 1,000 keping wang syiling yang jatuh ke wilayah tersebut. Sayangnya, wang tersebut adalah syiling yang digunakan pada abad ke-16.

Manakala penduduk Kerala di India gempar apabila menyangka mereka akan dihujani dengan meteor pada Julai 2001. Tetapi ia sebenarnya adalah air yang dipenuhi dengan spora merah (biji benih tumbuhan tak berbunga seperti cendawan, paku-pakis dan sebagainya).

cc 1024x613 1

Jika mengikut rekod, Singapura juga pernah mengalami hujan ikan pada Januari 1861. Tetapi kejadian tersebut berlaku di kawasan yang agak hampir dengan kawasan pantai dan disusuli dengan gempa bumi. Jadi ada percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah hujan ikan, sebaliknya ia adalah amaran daripada haiwan seperti yang berlaku ketika tsunami tahun 2004.

Setakat ini, di Malaysia tiada lagi kejadian pelik begini. Jika ada hujan aneh pun sekadar hujan ketulan ais yang juga disebut sebagai hujan batu. Salah satu kejadian pada September 2009, hujan batu sebesar sebiji cawan telah berlaku di Jerantut, Pahang.

h9

Hujan pada jam 7.00 malam itu menyebabkan banyak bumbung rumah berlubang serta mengakibatkan beberapa pohon pokok dan tiang elektrik tumbang. Jabatan Meteorologi Pahang mengaitkan peristiwa tersebut dengan Taufan Katrena yang berlaku di Filipina.

Sumber: https://utusantv.com/

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.