Kisah
Guru Mengajar Sekolah Orang Asli Ini Jadi Tumpuan Untuk Anugerah 10 Guru Terbaik Dunia, Siap Curi Tumpuan Agong Sekali!

Cikgu Sam atau lebih dikenali sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang ini terpilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.Menurut kenyataan oleh penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 buah negara!
Cikgu Sam menjadi inspirasi kepada pelajarnya yang terdiri daripada Orang Asli untuk menyimpan impian seterusnya berjaya di dunia luar.
Guru Mengajar Di Sekolah Orang Asli Ini Jadi Tumpuan Untuk Anugerah 10 Guru Terbaik Dunia
Antara program diperkenalkan Cikgu Sam ialah projek pertukaran e-mel dikenali sebagai ‘Asli E-Pal’, yang mana para pelajar boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dalam dan luar negara.
Lebih membanggakan, kadar lulusan mata pelajaran bahasa Inggeris disekolahnya meningkat daripada 30 peratus pada 2012, kepada 85 peratus pada tahun 2015-2018.
Untuk Anugerah Hadiah Guru Global 2020 ini, hadiah ditawarkan sebanyak US$1 juta (RM4.16 juta), merupakan program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Kejayaan Cikgu Sam juga mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menerusi posting di laman Instagram @istana_negara.
Sumber:
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.