Connect with us

INFO

Graduan Boleh Beli Kereta Baru Guna Slip Gaji Sebulan, Kadar Bunga Rendah

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 18 07 09 52

Demi membantu graduan, Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB) menawarkan kadar Sewa Beli (Hire Purchase) serendah 2.98% – kadar terendah dalam segmen itu di pasaran setakat ini.

Bagi memudahkan lagi proses permohonan bagi pinjaman kenderaan ini, kempen ini hanya memerlukan satu surat pengesahan atau slip gaji sebulan sebagai syarat untuk kelulusan pinjaman. Kebanyakan syarat pinjaman memerlukan slip gaji 3 bulan, dan kempen ini cuba untuk mengatasi masalah ini.

Graduan Boleh Beli Kereta Baru Guna Slip Gaji Sebulan

Syarat-syarat yang diperlukan termasuklah;

Mestilah seorang graduan sekurang-kurangnya Diploma
Berumur antara 18 – 30 tahun
Bekerja dengan gaji bulanan minimum RM 1,500

f60417ff80d147f69100f48e9d9e8213 800

Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif PCSB berkata berikutan keadaan ekonomi ketika ini, mobiliti menjadi satu aspek penting bagi anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Mereka yakin bahawa kempen ini akan membantu graduan baharu untuk memiliki kereta dengan bayaran semula dari serendah RM 239 sebulan sahaja.
Selain pakej kempen graduan baharu,

photo 2022 09 18 07 09 52

syarikat juga telah menurunkan kadar faedah penawaran keseluruhan sehingga serendah 2.22% berdasarkan kredibiliti dan margin kewangan pelanggan yang berhasrat untuk menukar atau membeli kereta baru.
Kempen ini memudahkan lagi pembelian kereta bagi graduan baru bekerja ditambah pula dengan pengecualian cukai jualan . Untuk dapatkan senarai kereta yang berbaloi untuk dibeli sepanjang musim pengecualian cukai,

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU