Connect with us

SEMASA

Gelombang Haba mematikan Ribuan Ikan di Tasik Vietnam

Published

on

gelombang haba

Gelombang Haba mematikan Ribuan Ikan di Tasik Vietnam

gelombang haba

 

Gelombang haba menyebabkan ratusan ribu ikan dilaporkan mati dan mengapung di Tasik Song May, Vietnam, akibat cuaca panas yang melanda kawasan tersebut dan pengurusan tasik yang kurang baik. Cuaca panas yang sedang berlaku di sebagian besar kawasan Asia Tenggara turut menyebabkan penurunan yang mendadak kepada paras air di tasik tersebut.

Keadaan air tasik yang semakin cetek akibat dipengaruhi oleh gelombang haba membuatkan ikan-ikan tersebut tidak dapat bertahan hidup. Ikan-ikan yang ditemui mati adalah ikan mas rumput, ikan tilapia, dan ikan keli. Jumlah keseluruhan ikan yang mati dianggarkan mencapai 200 tan metrik. Situasi ini mengakibatkan pemandangan di tasik tersebut berubah menjadi tidak menyenangkan dan mengerikan. Penduduk setempat di kawasan berhampiran tasik mengeluhkan bau busuk dari bangkai ikan tersebut.

“Pada waktu panas terik, bau bangkai ikan itu semakin busuk,” kata salah seorang penduduk. “Saya berharap pihak berkuasa tempatan dapat menangani masalah ini dengan segera untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kualiti hidup penduduk terjaga.”

gelombang haba

 

Selain menjadi sumber rezeki bagi nelayan, tasik ini juga sangat penting bagi para petani di sekitar daerah Trang Bom dan Vinh Cuu untuk tujuan mengairi tanaman mereka. Kawasan ini juga diketahui tidak menerima hujan selama beberapa minggu.

Pada awal tahun 2024, sebuah syarikat tempatan diberikan kontrak untuk mengurus tasik tersebut dan memperbaiki masalah takungan air yang dihadapi. Pada mulanya, syarikat tersebut merancang untuk mempertahankan bekalan air tasik untuk menjaga hidupan akuatik yang ada dalam tasik tersebut, tetapi disebabkan gelombang haba yang berterusan, mereka terpaksa melepaskan air di tasik tersebut untuk mengairi kawasan sekitarnya termasuk tanaman pada kebun-kebun yang ada.

gelombang haba

Tindakan tersebut kemudiannya telah memudaratkan lagi paras air tasik yang sudah terkesan dengan masalah cuaca panas. Hal ini telah menagakibatkan paras air tasik menjadi lebih cetek dengan mendadak. Akibatnya, ikan-ikan di tasik tersebut menghadapi kesulitan untuk bertahan hidup dengan cuaca panas yang berterusan, dan akhirnya dilaporkan mati.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.