Connect with us

Kisah

Geli dan jijik! Penghuni buang lampin, tuala wanita dari tingkat atas… “Jujur cakap rumah flat memang macam ni”

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 10 06 05 52 41

terdapat segelintir individu yang dikatakan agak mementingkan diri sendiri dengan tindakan mereka yang memberi kesan terhadap jiran tetangga lain.Begitulah situasi yang berlaku di sebuah flat perumahan seperti dikongsikan oleh wanita ini di media sosial.

Dalam video itu, wanita berkenaan merakamkan situasi di tingkat bawah yang kelihatan sangat menjijikkan dengan sampah sarap.

Geli dan jijik! Penghuni buang lampin, tuala wanita dari tingkat atas

photo 2022 10 06 05 52 41

Ia dipercayai dibuang oleh penghuni fat berkenaan daripada tingkat atas.

“Dasar pemalas! Pengotor!

“Diapers, pad, sisa makanan… macam-macam ada,” tulisnya pada video berkenaan.

Jelas sekali, sikap si pelaku ini yang pemalas dan pengotor seperti didakwa enggan turun ke bawah atau membuang sampah di tempat sepatutnya.

Menerusi ruangan komen, wanita ini turut meluahkan rasa geramnya terhadap tindakan penduduk setempat walaupun ada pekerja pembersihan yang bertugas mencuci dan mengutip sampah yang bertaburan itu.

1761467

Kalau nampak siapa buang, kutip balik sampah tu pergi campak depan rumah dia.
NETIZEN
Bukan itu sahaja, sikap penduduk yang tidak bertanggung jawab itu turut membuat warganet terkejut dan mengeluh.

Mereka berpendapat bahawa perbuatan yang tidak bertamadun ini merupakan satu perkara biasa bagi mereka yang tinggal di kawasan sedemikian.

Selain itu, warga maya turut berkongsi kisah pengalaman mereka duduk di kawasan seakan sama sebelum berpindah.

Komen netizen mengenai posting asal.

“Saya dulu sewa rumah flat selama 10 tahun, duduk bawah sekali. Pad yang tak basuh dia campak belakang. Sekarang dah pindah, tak sanggup hadap semua tu… geli!

“Kalau nampak siapa buang, kutip balik sampah tu pergi campak depan rumah dia.

“Jujur cakap rumah flat memang macam ni perangai. Saya dulu duduk kondominium tak nampak tengok orang buang sampah macam ni,” kata netizen.

Sumber:Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU