Kisah
“Kalau Saya Masuk Syurga, Saya Nak Pakaikan Ibu Ayah Makhota Di Kepalanya”, Gadis Buta Hafaz Al-Quran Sehingga Mendapat Jemputan Umrah Istimewa Dari Arab Saudi
“Kalau Saya Masuk Syurga, Saya Nak Pakaikan Ibu Ayah Makhota Di Kepalanya”, Gadis Buta Hafaz Al-Quran Sehingga Mendapat Jemputan Umrah Istimewa Dari Arab Saudi
Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan ini adalah tanda kita sebagai hamba Nya redha dengan apa jua yang ditakdirkan dalam hidup. Sesungguhnya mereka yang diberikan rezeki tetapi tetap bersabar, bersyukur, dan berlapang dada, mereka ini akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi. Pernahkah anda mendengar cerita tentang seorang peserta yang bernama Kayla dari pertandingan Hafiz Indonesia 2018? Kisah perjuangan gadis buta hafaz Al-Quran yang baru berumur sembilan tahun itu menjadi inspirasi buat semua juri dan penonton dari dalam dan luar negara yang menyaksikannya.
Gadis buta hafaz Al-Quran sejak kecil bersama nenek
Kayla adalah anak sulung dari 3 beradik, berasal dari Makassar, Indonesia. Dia dibesarkan dari kecil oleh ibu dan bapa yang sangat sayangkannya. Namun disebabkan minat dari kecil untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran, dia telah berpisah dengan orang tua dan adik-adiknya untuk tinggal bersama nenek di kampung. Gadis buta hafal Al-Quran ini sebenarnya dilahirkan dalam keadaan pramatang (27 minggu) dengan berat 1.4 kilogram sahaja.
Kayla disahkan buta sejak kecil, tetapi kuasa Allah adik-adiknya yang lain normal. Setiap hari dia akan bertanya kepada ibunya, “Adakah adik-adik boleh melihat? Adakah adik-adik dapat melihatnya?”
Kayla, yang telah diperdengarkan bacaan ayat suci sejak ketika masih dalam kandungan lagi. Bahkan dia mengaku tertarik untuk menghafalnya, kerana dorongan ayah, Muhamad Saban. Setiap hari dia akan menghafaz Al-Quran melalui kaset murotal, CD, dan mendengar terus dari bacaan ayah dan nenek yang mengaji.
Kerana usaha yang tidak pernah mengenal erti penat itu, akhirnya Kayla mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran selepas 3 tahun berlatih menghafal ayat suci tersebut.
Menyertai Pertandingan Hafiz Indonesia kerana terinpirasi dari kisah Masyita
Pada tahu 2018, Kayla mengambl keputusan untuk menyertai Pertandingan Hafiz Indonesia 2018 selepas terinpirasi dari kejayaan Masyita, 9 tahun yang telah membuka mata masyarakat setempat untuk tetap semangat membaca surah-surah Al-Quran.
Masyita juga mempunyai kecacatatan mata yang buta sejak kecil sepertinya, namun itu tidak menjadi alasan untuk menghafaz Al-Quran. Pernah ditanya mengapa dia sangat berusaha untuk menghafaz Al-Quran lalu jawabnya dia ingin masuk syurga bersama seluruh keluarga.
“Jika saya di syurga, saya mahu memakaikan mahkota di kepala ibu dan ayah,” jelasnya.
Ini kata-kata yang keluar dari mulut seorang anak kecil yang masih berumur sembilan tahun. Allah SWT mengangkat darjatnya dengan Al-Quran. Kemuliannya dengan Al-Quran telah membuka mata semua anak-anak Indonesia tentang kepentingan mempelajari kalam itu walau dalam keadaan dan kesulitan apa pun.
Anak penghafaz Al-Quran mengangkat martabat keluarga
Kita mungkin dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Bukan keluarga yang kaya-raya, bukan juga keluarga terhormat atau dari golongan selebriti yang terkenal. Tetapi dengan izin Allah, Dia telah mengangkat martabat keluargaa anak-anak penghafaz Al-Quran seperti Kayla ini sesuatu yang luar biasa di mata masyarakat.
Kehadiran Kayla telah membawa pengaruh baik dalam kehidupan keluarganya melalui Al-Quran. Kerana berkat kemuliaan dan usahanya, Kayla telah mendapat jemputan umrah istimewa dari kerajaan Arab Saudi pada pertengahan tahun 2018 yang lalu.
“Alhamdulillah gembira, boleh berangkat umrah bersama orang tua, insha allah hafalan Al-Quran memberi keberkahan berlimpah,” kata Kayla sambil berharap banyak anak-anak Indonesia lebih mencintai Al-Quran.
Walaupun dulu pernah terlintas rasa sedih dan sukar ibu bapanya untuk menerima keadaan gadis buta hafaz Al-Quran ini ketika disahkan tidak mampu melihat. Tetapi sekarang siapa sangka dengan kecatatan itu mampu membawa mereka sekeluarnya berjaya di dunia dan insha Allah di akhirat juga.
Dari Anas bin Malik RA beliau berkata, aku telah dengar Nabi SAW bersabda:
”Sesungguhnya Allah telah berfirman: Apabila Aku menguji seorang hambaku dengan dua perkara yang menjadi kesayangannya kemudian ia bersabar, aku akan gantikan kepadanya dengan pembalasan Syurga.” Ia maksudkan dengan dua perkara yang menjadi kesayangannya ialah 2 biji matanya. – (Hadis Riwayat Bukhari)
Adik Kayla buta, janji Allah dia akan masuk syurga tapi Kayla tetap mahu hafaz Al-Quran sehingga bergelar Hafizah. Tidak sesempurna jiwa seorang hamba seperti kekasih Allah. Tetapi terkadang ada jasad yang tidak sempurna di luar namun di dalamnya bercahaya bagai kilauan permata di syurga.
Matanya memang tidak boleh melihat, tetapi hatinya terang benderang boleh melihat kerana Allah.
Sumber: Youtube Hafiz Indonesia
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.