Pemuda Terus Set Up Food Bank Di Sabah, Ebit Lew Beri Inspirasi “Seterusnya Bank Alat Tulis”

Pemuda Terus Set Up Food Bank Di Sabah, Ebit Lew Beri Inspirasi “Seterusnya Bank Alat Tulis”

katanya “SERONOK bila tengok mereka senyum.”

Demikian kata Adrian Edy Siaw Chee Hua, anak muda kelahiran Papar, Sabah selepas program food bank yang diwujudkan berjaya membantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat Covid-19 di negeri itu.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, sebagai permulaan dia mewujudkan dua bank makanan masing-masing dekat Kampung Pomotodon (Inanam) dan Kampung Tombongan (Menggatal) yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 20 September lalu.

“Sebelum ni saya bagi bantuan dari rumah ke rumah tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan nak bergerak pun susah.

“Jadi food bank memang inisiatif terbaik buat masa ini. Orang hanya datang sendiri ke sekolah, lokasi food bank tersebut. Jadi tak perlu datang rumah ke rumah sebab risiko jangkitan tinggi,” katanya.

Edy turut mendapat sokongan daripada ahli keluarganya dalam melaksanakan program tersebut.

Anak kedua daripada empat beradik itu memilih dua kampung tersebut kerana simpati dengan nasib penduduk di situ.

“Penduduk kat situ ramai yang kurang berkemampuan dan buat kerja kampung. Rumah pun jauh dari pekan. Jadi mereka banyak bergantung dengan kedai runcit kalau nak beli barang keperluan.

“Lagipun bila tengok penduduk yang datang tu memang sedihlah. Ada juga yang beritahu kena buang kerja. Ada orang kelainan upaya (OKU) yang sanggup jalan kaki, naik bukit turun bukit demi mendapatkan makanan,” katanya yang juga personaliti media sosial.

Mesra disapa Edy dia tidak menduga program inisiatifnya itu yang menawarkan barang keperluan seperti beras, telur, mi, garam dan minyak masak mendapat sambutan di luar jangkaan.

Edy berhasrat mewujudkan program bank alat tulis selepas tempoh PKPB di Sabah berakhir.

Jelas Edy yang mendapat dana daripada sumbangan orang ramai, dia juga berhasrat untuk mewujudkan bank alat tulis selepas tamat PKPB di negeri itu.

“Saya dah kenal pasti sekolah di empat daerah di Inanam, Menggatal, Papar dan Tambunan untuk program seterusnya bank alat tulis. Rata-rata pelajar di sini daripada keluarga susah.

“Saya difahamkan khususnya di Inanam ada pelajar dekat situ pensel pun kongsi. Beg sekolah pun ada yang koyak. Jadi saya rasa ini waktu yang tepat untuk wujudkan program ini,” katanya.

 

 

 

 

Artikal Popular

About kety 5 Articles
ketymerupakan seorang graduan ijazah pengurusan bank islam yang mempunyai minat mendalam dalam penulisan. penulisan beliau lebih cendrung kepada masakan, tips-tips ilmu pengetahuan umum.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*