Connect with us

AGAMA

Doa Mustajab Pada Hari Arafah

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

sd

Pada tanggal 9 Dzulhijjah jatuhnya Hari Arafah. Hari Arafah juga merupakan puncak ibadah haji. Pada hari ini jutaan jemaah haji menjalankan wukuf di padang Arafah. Dalam Islam, Hari Arafah dikenali sebagai hari yang mulia. Setiap kebajikan yang dilaksanakan pada hari Arafah akan mendapatkan rahmat dan kurnia Tuhan. Ada doa mustajab pada hari Arafah yang perlu jamaah haji baca.

Pada hari Arafah umat Islam juga disunnahkan untuk melaksanakan ibadah puasa. Puasa ini dikenal dengan nama puasa Sunnah Arafah. Amalan puasa di hari Arafah pada hari kesembilan di bulan Zulhijjah untuk mendekatkan diri pada Allah.

Doa Mustajab Pada Hari Arafah

266ec9a7c0d0cf3b467fbe341fecffcc6f7ac9e6 1024x683 1

Ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan Abu Qatadah, Nabi S.A.W bersabda:-

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”(Hadis Riwayat Muslim, no.1162)
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata Al-Sarkhasi: –

“Adapun tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni. Para ulamak berbeza pendapat mengenai makna penghapusan dosa pada tahun sesudahnya (tahun depan).

Sebahagian mereka mengatakan, maknanya adalah bila seseorang melakukan maksiat pada tahun itu, Allah S.W.T akan menjadikan puasa pada Hari Arafah yang dilakukan pada tahun lalu itu sebagai penghapus dosanya, sebagaimana ia juga menjadi penghapus dosa pada tahun sebelumnya. Sebahagian ulamak lain mengatakan bahawa maknanya ialah Allah S.W.T menjaganya daripada melakukan dosa pada tahun hadapannya” [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/381].

R

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, hari Arafah juga adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Daripada Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:-

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah:-

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

(Hadis Riwayat al-Tirmizi no. 3585, Hadis Hasan)

Demikian doa mustajab pada hari Arafah. Semoga Allah senantiasa memberikan rahmat dan kurnia pada kita semua. Semoga hajat kita dikabulkan, pada dunia dan akhirat.

 

 

 

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU